Memandangkan kawan aku ada buku Quran Saintifik edisi kemas kini yang diterbitkan pada awal tahun ini, manakala aku pula ada edisi lama yang diterbitkan pada tahun 2007, aku fikir baik juga aku buat perbandingan untuk melihat perubahan atau penambahan pada tulisan Dr. Danial. Melalui prakata edisi kemas kini beliau menyatakan,
Hampir 50% daripada isinya dikemaskinikan. Terdapat beberapa tajuk baharu yang saya tambah, antaranya Metodologi Pentafsiran Al-Quran dan Bolehkah Diterima Penemuan Oleh Saintis Kafir..Sebagai lanjutan untuk entri lepas, fokus aku di sini adalah kepada tulisan beliau mengenai teori Big Bang dan aku lihat ada penambahan dibuat di akhir tulisan beliau mengenai teori tersebut pada m/s 44. Aku melihat penambahan itu sebagai reaksi terhadap kritikan oleh Prof. Shaharir. Kata Dr. Danial,
Kita tidak perlu beriman dengan teori Big Bang, apatah lagi terdapat beberapa aspek tentang teori ini yang masih didebatkan. Namun para saintis rata-ratanya bersetuju tentang hakikat permulaan alam yang diutarakan oleh teori ini, iaitu, langit dan bumi pada asalnya bercantum padu.
Profesor Dr. Zaghloul Ragheb Mohamed An-Najjar, seorang pakar dalam bidang geologi (Ph.D. Geology, University of Wales, UK, 1963) merupakan Pengerusi Jawatankuasa Mukjizat Saintifik dalam Al-Quran dan Sunnah di bawah naungan Majlis Tertinggi Agama Islam Mesir. Beliau merumuskan hal ini dengan berkata (di http://www.elnaggarzr.com/en/index.php), "Sama ada kita hendak menerima model Big Bang atau versi-versi yang diubah-suai, ia tidak menjadi masalah. Hal ini disebabkan ia tidak mengubah perkara pokok tentangnya, iaitu, pada asalnya langit dan bumi bercantum padu. Hal ini mengagumkan kerana ketika itu (pada zaman Nabi) tidak ada seorang pun yang tahu tentang hakikat ini."
Untuk pengetahuan, al-Quran telah menyatakan asal usul kejadian langit dan bumi pada asalnya bercantum padu sebelum dipisahkan antara kedua-duanya (al-Anbiya' 21: 30). Penerangan lanjut boleh juga lihat Al-Quran Menjawab Bersama Dr. Danial.
P.S: "It has begun, you're in the hands of destiny.."