Baru-baru ni ada sorang blogger, Moloko, katanya album Pink Floyd iaitu The Wall, antara album paling luar biasa manusia pernah hasilkan. Yup! Aku setuju.
The Wall sememangnya disenaraikan antara album terhebat dalam sejarah muzik. Dengan permainan gitarnya, penulisan lagu yang lari dari format 'radio friendly' dan albumnya yang mempunyai tema serta jalan cerita, ia menjadikan The Wall satu album yang akan dirujuk dan dikenang, setidak-tidaknya untuk penggemar muzik seperti aku.
Suatu ketika dulu memang aku selalu dengar album ni. Pernah juga aku ditegur oleh bapak aku, dia berpesan dalam nada yang aku tak pasti samada melawak atau serius, "Jangan dengar sangatlah album tu.." Mungkinkah falsafah The Wall terlalu tinggi untuk pemikiran manusia biasa? Katanya, Pink Floyd memang suka berfalsafah.
Dari situ baru aku tahu yang bapak aku pun peminat Pink Floyd dan melalui ceritanya, animasi dalam filem The Wall adalah yang terbaik pada zamannya. Dia juga ada cerita yang sorang ahli Pink Floyd mengalami sakit mental dan terpaksa ditendang keluar. Whoa? Meh sini aku kenalkan ex-frontman Pink Floyd, Syd Barrett yang gila..
Syd Barrett (tengah)
Karya Syd Barrett mungkin kurang dikenali. Dia hanya sempat buat satu album dengan Pink Floyd dan dua studio album secara solo. Namun, impak karya dia yang jujur menjadi inpirasi kepada pemuzik lain antaranya David Bowie, Paul McCartney, Jimmy Page, Graham Coxon dan juga pemuzik tempatan kita, Mohd Jayzuan.
Karya Pink Floyd yang seterusnya pun sememangnya diinspirasikan daripada Syd Barrett samada ideanya tentang irama psychedelic atau tema mental illness yang dihadapinya. Tema ini jelas dalam album The Dark Side of the Moon, Wish You Were Here dan sudah semestinya The Wall.
Karya Pink Floyd yang seterusnya pun sememangnya diinspirasikan daripada Syd Barrett samada ideanya tentang irama psychedelic atau tema mental illness yang dihadapinya. Tema ini jelas dalam album The Dark Side of the Moon, Wish You Were Here dan sudah semestinya The Wall.
Aku pun dah lama tak ambil tahu pasal Pink Floyd. Jenguk-jenguk depa punya facebook page, sekali depa baru keluarkan album compilation Syd Barrett, tajuknya An Introduction to Syd Barrett.
On October 11th (November 9th for US) An Introduction To Syd Barrett, a brand new collection that will bring together for the first time the tracks of Pink Floyd and Syd Barrett on one compilation will be released. To experience the interactive 3D booklet and hear clips for all the tracks, click HERE.Sekali tengok cover album ni memang tak tahan. Style! Macam familiar. Rupa-rupanya artwork ni dibuat oleh Storm Thogerson. Sapa-sapa yang layan muzik dan menghargai hasil kerja seni kulit album mesti kenal mamat nih.
Plus, kita siap boleh usha dia punya booklet dalam bentuk 3D lagi, perghh.. Link dia ada dalam description kat atas tu. Cucilah mata sampai lebam..
Trivia: Loque, gitaris Butterfingers dan sekarang frontman monoloQue dulu pernah post kat facebook dia, katanya dia start main gitar dengan lagu "In the Flesh", salah satu lagu dalam album The Wall.
mesti kena grab ni hahaha
ReplyDeletelawa giler cover
ReplyDeletematakucing,
ReplyDeleteitu la pasai..lagipun david gilmour pun involved dalam album nih..
deaf,
cover dia memang menarik perhatian dan pemikiran..hehe
..Syd Barrett..hasil penangan LSD..
ReplyDeletepenangan yang terlebih sukatan..hehe
ReplyDeletebeliau memang seorang berlian..tapi berlian gila! pasal tu shine on you crazy diamond memang diciptakan khas untuk beliau..
ReplyDeletesee emily play & bike memang penangan terbaik beliau..