Tuesday, September 14, 2010

Death

Kali ini aku nak bercerita pasal salah satu topik yang dibincangkan di hari raya iaitu KEMATIAN. Memang bukan topik riang ria apatah lagi di hari raya pertama.

Death, Individual Thought Patterns (1993)

Kisah bermula dengan nenek aku yang menceritakan perihal orang yang di saat kematiannya begitu terseksa untuk menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kata makcik aku, sememangnya benda sebegini terjadi sebab Allah nak beri pengajaran kepada hamba-hambanya yang lain.
My lifestyle determines my deathstyle! - Metallica (Song: Frantic)
Makcik aku seorang guru agama, jadi aku dengar tekun dengan harapan ada input berguna untuk diamalkan. Makcik aku (yang juga menantu kepada nenek) kemudian menyambung cerita berkenaan datuknya pula. Datuknya itu mempunyai keturunan alim ulama dari Jambi, Sumatera.

Iron Maiden, A Matter of Life and Death (2006)

Banyak yang diceritakannya. Diringkaskan ketika datuknya masih hidup, setiap kata-katanya itu berhikmah, perilakunya pula sentiasa membuatkan orang sekelilingnya senang, dan ingatannya sentiasa kepada Allah.

Dan setiap kali solatnya pula, dia sentiasa berdoa supaya diakhiri hidupnya dengan akhir yang baik dan dipermudahkan saat dia hendak mati...
and the Almighty says, "O you who believe! Do not let your wealth or children divert you from the remembrance of Allah. Whoever does that is lost. Give from what We have provided for you before DEATH comes to one of you and he says, 'O Lord, if only you would give me a little more time so that I can give sadaqa and be one of the righteous.' Allah will not give anyone more time, once their time has come. Allah is aware of everything you do." (63:9-11)

2 comments: