Saturday, September 28, 2013

Cat Stevens, Engelbert Humperdinck dan Jimi Hendrix (The Walker Brothers' Tour 1967)


Entry terbaru dari PC kOKak™ membuatkan aku terfikir, kenapa nama Engelbert Humperdinck agak melekat dalam kepala aku? Fikir punya fikir baru aku ingat, Yusuf Islam (Cat Stevens) dalam satu dokumentari ada cerita yang dia pernah tour sekali dengan Engelbert Humperdinck. Mereka tour bersama untuk The Walker Brothers pada tahun 1967 dan menariknya, turut bersama mereka ketika itu ialah Jimi Hendrix.

Relaxing backstage on the opening night at Finsbury Park, Astoria (L to R )
Jimi Hendrix, Cat Stevens, Gary Leeds and Engelbert Humperdinck

Jimi Hendrix, Gary Leeds (The Walker Brothers) and Cat Stevens

Boleh dikatakan ini antara tour terawal Cat Stevens dan dia di antara yang termuda. Untuk pengetahuan, umurnya ketika itu hanyalah 19 tahun! Katanya, dia sempat belajar beberapa trick dari Jimi Hendrix dan menyanyi bersama Engelbert Humperdinck. Pada sudut yang lain, dia mula hanyut dan terlibat dengan ekperimentasi dadah dan penggunaan alkohol. Ringkasnya, apabila disebut tentang tentang tour ini dia berkata,"That was mad crazy tour.." (Lihat: The Life of Yusuf Islam).


Cat Stevens - The First Cut Is The Deepest (Live 1967)
     

Wednesday, September 25, 2013

Iblis: Antara Tauhid dan Takabbur

Penulisan entry ini adalah berdasarkan komen balas aku di Facebook berkenaan seorang penceramah yang bercakap tentang punca Iblis tidak mahu sujud kepada Adam. Beliau terkenal dengan dakwaan sebagai pemilik dan penyunting kitab Ilmu Makrifat (Mengenal Allah) dan Mengenal Diri oleh Mohd Yusof Che Wook. Apa yang beliau sampaikan ini tidaklah asing kerana perbualan sebegini pernah aku dengar di kedai kopi.

PERHATIAN: APA YANG BELIAU SAMPAIKAN ADALAH BATHIL!

Punca Iblis tidak mahu sujud kepada Adam a.s [BATHIL]

Sejujurnya pedih untuk saya katakan, yang benarnya penceramah tersebut terlebih dahulu tafsir dengan melulu. Lihatlah kekeliruan beliau di dalam kuliahnya ketika menyatakan punca Iblis yang tidak mahu sujud kepada Adam (lihat sinihttps://www.facebook.com/photo.php...) adalah kerana Iblis tidak mahu sembah selain Allah (beliau telah salah memakai sujud dengan makna sembah), atau dalam erti kata yang lain Iblis tidak mahu syirik kepada Allah dan ia demi menjaga kemurnian tauhidnya. Kemudian lihat pula perbandingan yang dibuat melalui video ini - http://youtu.be/pgbnyiRGENY.


Perbandingan antara Ahli Sunnah dan Syiah

Kita boleh lihat tafsiran yang dinyatakan oleh beliau itu serupa dengan salah satu tafsiran golongan bathil Syiah (di akhir video perbandingan) dan ianya jelas sekali berbeza dengan mereka yang sepakat berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah di mana punca sebenar Iblis tidak mahu sujud kepada Adam adalah kerana takabbur yakni sombong (rujuk surah al-Baqarah 2:34, al-A'raf 7:11-13, Saad 38:73-74). Malah, Iblis kemudiannya dihukum kafir seperti yang dinyatakan di dalam surah al-Baqarah. Namun, penceramah menyifatkan tindakan Iblis itu sebagai cerdik (lihat minit 2:18) dan bagi menyokong tafsiran beliau itu, beliau mengatakan bahawa Iblis berasal daripada malaikat (lihat minit 4:01), sedangkan Iblis berasal daripada golongan jin (rujuk surah al-Kahfi 18:50).

Pada pandangan saya, kekeliruan seperti ini terjadi tidak lain dan tidak bukan kerana dipengaruhi oleh falsafah yang zahirnya mengujakan, menjadi lebih parah apabila kita menganggapnya sebagai satu kebenaran, padahal hakikatnya penuh kebathilan. Ya, ilmu Allah sememangnya luas dan tak terjangkau oleh akal fikiran, maka cukuplah kita menilainya dengan kembali kepada apa yang disampaikan-Nya melalui kitab-Nya (al-Quran) dan melalui Rasul-Nya (as-Sunnah) dan melalui kefahaman generasi terbaik sebagaimana yang diisyaratkan Nabi saw di dalam sebuah hadis sahih riwayat al-Bukhari, iaitu merujuk kepada generasi para Sahabat, Tabi'in dan Tabi'ut Tabi'in.

Komen Dr. Abdullah Yasin

Bukankah saudara XXXXXXX XXX apabila ditanya, "Macam mana sekarang ini nak tahu sama ada guru itu sesat atau tidak sesat?" saudara telah menjawab, "Berpandukan al-Quran dan as-Sunnah"? Maka sahabat sekalian, sama ada kita sudah mengenal diri atau belum, hakikatnya kita sudah pun tahu yang mana haq dan yang mana bathil.

وَلَقَدْ خَلَقْنَٰكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَٰكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَٰٓئِكَةِ ٱسْجُدُوا۟ لِءَادَمَ فَسَجَدُوٓا۟ إِلَّآ إِبْلِيسَ لَمْ يَكُن مِّنَ ٱلسَّٰجِدِينَ﴿١١﴾(11) Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ ۖ قَالَ أَنَا۠ خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِى مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُۥ مِن طِينٍ ﴿١٢﴾(12) Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."قَالَ فَٱهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَٱخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ ٱلصَّٰغِرِينَ ﴿١٣﴾(13) Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".
  Surah al-A'raf 7:11-13


وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَٰٓئِكَةِ ٱسْجُدُوا۟ لِءَادَمَ فَسَجَدُوٓا۟ إِلَّآ إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ ٱلْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِۦٓ ۗ أَفَتَتَّخِذُونَهُۥ وَذُرِّيَّتَهُۥٓ أَوْلِيَآءَ مِن دُونِى وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّۢ ۚ بِئْسَ لِلظَّٰلِمِينَ بَدَلًا ﴿٥٠﴾(50) Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.
Surah al-Kahfi 18:50

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ، وَعَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ، قَالَ عَبْدٌ أَخْبَرَنَا وَقَالَ ابْنُ رَافِعٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ خُلِقَتِ الْمَلاَئِكَةُ مِنْ نُورٍ وَخُلِقَ الْجَانُّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ وَخُلِقَ آدَمُ مِمَّا وُصِفَ لَكُمْ ‏"‏
'A'isha reported that Allah's Messenger (may peace be upon him) said: The Angels were born out of light and the Jinns were born out of the spark of fire and Adam was born as he has been defined (in the Qur'an) for you (i. e. he is fashioned out of clay). 
Sahih Muslim Book: 56, Hadith: 7687

____________________
Menurut Ustaz Rosli, kitab Ilmu Makrifat (Mengenal Allah) dan Mengenal Diri oleh Mohd Yusof Che Wook telah disenaraikan membawa ajaran sesat oleh pihak JAKIM. Maklumat ini beliau perolehi daripada pembentangan Penyelidik JAKIM dalam Seminar Isu Semasa dan Cabaran Aqidah bertarikh 21 September 2013 di UTM, Kuala Lumpur.

Boleh juga membaca nukilan saudara Yusof Mohamad bertajuk, Malaikat menyembah Adam alaihisalam? Di sana beliau membahaskan dengan lebih lanjut persoalan seperti adakah kita boleh melakukan sujud penghormatan terhadap ulama? Jika tidak boleh, bagaimana pula sujud Nabi Ya'kub dan anak-anaknya kepada Nabi Yusuf? 
  

Friday, September 20, 2013

George Harrison: Try to realize it's all within yourself..

George Harrison

Within You Without You

__________________
Kaboi Tanduk: Lagu dan lirik yang powerful dari George Harrison..