Thursday, August 26, 2010

Is this a test?

"Is this a test? It has to be. Otherwise I can't go on." (Tool, The Patient)

Lagu yang bertemakan kesabaran dan sikap optimis seseorang mengenai nilai kesabaran. Sesuai dilayan apabila:
  1. Anda goyang ketika sedang menempuh liku-liku kehidupan.
  2. Laptop anda bermasalah dan anda pula tak tentu arah.
  3. Beberapa urusan kerja cuba mencuri masa lapang anda.
  4. Keimanan anda digugat ketika bulan puasa ini.
  5. CD Iron Maiden Final Frontier belum dijumpai!
Pada sudut yang lain, mari kita hayati pesanan ini..
Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar bakal beroleh ganjaran mereka dengan keadaan yang tidak dapat dihitung (Az-Zumar 39:10)
Bersabarlah sebagaimana bersabarnya rasul-rasul ulul azmi (Al-Ahqaf 46:35) 

Monday, August 9, 2010

I Wish It Was A Bad Dream

Hurt a Long Time by Jerry Cantrell

Dikelilingi kesejukan hutan hijau milik Tuhan, jauh dari kesibukan hutan batu, dan sambil membersihkan lumpur di badan dengan air sungai. Mengingatkan aku dengan kampung halaman, tempat aku bermain sebelum mengenal dunia..
  

Saturday, August 7, 2010

Tragedi Berdarah Mavi Marmara

4 Ogos 2010 Aku bersama rakan serumah pergi mendengar perkongsian sukarelawan Malaysia yang terlibat dalam misi bantuan Gaza iaitu Tn. Noorazaman Mohd Samsuddin dan Dr. Syed Muhammad Haleem. Program yang dianjurkan oleh fakulti aku ini pada aku satu pengalaman yang sangat berharga kerana ianya disampaikan oleh mereka yang terselamat di dalam serangan tentera Israel.

Kapal Mavi Marmara

Selain menceritakan kembali rentetan cemas sebelum, semasa dan selepas tragedi berdarah itu, ditunjukkan juga video yang sempat dirakam oleh pihak media yang berada di atas kapal ketika diserang. Antara video yang ditunjuk ialah pembunuhan Furkan Dogan, 19. Pelajar Kayseri High School itu ditembak bertalu-talu dan dipijak-pijak oleh tentera Israel. Bukankah ini satu bukti kekejaman Israel?

Jumlah sukarelawan yang terkorban adalah sebanyak sembilan orang. Menurut sukarelawan kita, kesemua sukarelawan yang  terkorban mempunyai akhlak yang sangat tinggi. Semoga mereka ditempatkan bersama para solehin di dalam syurga Allah.

Detik tentera Israel menembak Furkan Dogan

Sebelum ni aku ada post video laporan Al Jazeera English berkenaan reaksi Israel (boleh tengok di SINI). Dalam video tu Israel mendakwa, "They (activists) initiated the violence." Itu semua dusta! Bukti video yang ditunjukkan oleh sukarelawan kita jelas bahawa Israel yang memulakan dahulu serangan dengan menembak rubber bullet diikuti dengan peluru hidup tanpa henti.

Walaupun kain putih telah diangkat sebagai tanda menyerah diri, tentera Israel tetap meneruskan serangan. Sukarelawan kita sekadar menggunakan bawang, mop dan hos air untuk mempertahankan diri. Menurut sukarelawan kita, peluru tentera Israel bukanlah peluru biasa kerana ianya akan berputar dan meletup apabila menembusi mangsa. Kesannya sangat teruk sehingga tulang pecah menjadi serpihan kecil.

Aktivis yang cedera parah

Serangan tentera Israel pada hakikatnya telah dirancang dari awal. Semasa sukarelawan di atas kapal berjaya menangkap seorang komando Israel, mereka menjumpai senarai nama berserta gambar orang-orang yang menjadi sasaran untuk dibunuh. Lebih mengejutkan, kata Tn. Noorazman di dalam Majalah i (Julai 2010), "Sebenarnya terdapat ejen yang menjadi pengintip kepada Israel di dalam kapal. Ini kerana gambar kesemua 16 orang terbabit diambil ketika di dalam kapal."

Reaksi Israel yang kebudak-budakkan

Antara pesanan sukarelawan kita, gunakan batu untuk menentang Zionis. Batu yang dimaksudkan ialah segala kemudahan atau ruang yang ada pada kita seperti blog atau media massa yang lain dalam menyebarkan isu ini. Kita adalah media tegasnya. Isu Palestin adalah isu bersama, isu umat Islam sebelum bertemu Allah..

Di bawah ada beberapa benda yang boleh aku kongsi bersama:

1) Laporan MV Mavi Marmara oleh IHH
 

Link report ni ada kat bawah, format PDF size 8.03MB.

Cover

Content (Click to enlarge)

Sumber: http://www.lifeline4gaza.org/

Istanbul, 30 Jun 2010 – Pertubuhan Hak Asasi dan Bantuan Kemanusiaan (IHH), peneraju utama misi Freedom Flotilla ke Gaza, telah mengeluarkan laporan rasmi berkaitan misi Freedom Flotilla beserta insiden keganasan dan kezaliman yang dilakukan oleh pihak Israel bermula dengan serangan ke atas kapal dan aktivis sejak awal pagi 31hb Mei yang lalu.

Laporan ini cuba menjelaskan tujuan sebenar misi bantuan kemanusiaan ke Gaza ini disertai dengan maklumat terperinci kandungan kargo yang dibawa, krew-krew media yang bersama dan turut disenaraikan negara-negara asal bagi lebih 600 aktivis yang menyertai flotilla. Laporan ini diharapkan dapat menjawab tuduhan-tuduhan liar pihak pro-Israel yang cuba memutarbelit dan memalsukan fakta-fakta berkaitan misi kemanusiaan ini serta insiden yang berlaku pada 31hb Mei.

Ringkasan laporan di dalam bahasa Inggeris boleh di dapati di sini: http://www.ihh.org.tr/uploads/2010/insaniyardim-filosu-ozet-raporu_en.pdf

2) Lifeline 4 Gaza official website

Akan ada gelombang ke-2 Mavi Marmara. Ikuti perkembangan di http://www.lifeline4gaza.org/ atau di facebook.

3) Majalah i (Julai 2010): Tragedi Mavi Marmara

Lagi info boleh cari Majalah i isu Julai 2010. Sementara stok masih ada!