Showing posts with label Ulama Pewaris Nabi. Show all posts
Showing posts with label Ulama Pewaris Nabi. Show all posts

Tuesday, November 13, 2018

Anjing haram? Berdosa bagi anjing makan?


Anjing adalah najis berat. Ini menurut pendapat Imam al-Syafi'i yang menjadi pegangan umum masyarakat Islam di Malaysia. Maknanya, apa-apa yang terkena anjing mestilah dibasuh tujuh kali dan salah satunya dengan air tanah.

Namun, untuk pengetahuan, ulama berbeza pendapat tentang tahap kenajisan anjing. Imam Ahmad bin Hanbal sependapat dengan Imam al-Syafi'i bahawa anjing adalah najis berat. Imam Abu Hanifah berpendapat najisnya adalah najis biasa yang hanya perlu dibasuh tanpa ada ikatan bilangan tertentu. Sebaik-baiknya tiga kali basuhan. Manakala, Imam Malik berpendapat anjing adalah suci. Bagi beliau, tidak perlu dibasuh walau terkena air liur, peluh atau tubuhnya sama ada kering mahupun basah. Itu secara ringkas pandangan imam-imam besar dalam mazhab fiqh (school of Islamic jurisprudence) berkenaan kenajisan anjing.[1]

Memberi makanan kepada anjing terutama anjing terbiar yang kelaparan tidaklah berdosa. Malah, berdasarkan hadis-hadis sahih, memberi minuman pun sudah membuatkan seseorang itu diampunkan dosa dan dimasukkan ke dalam syurga! 
Abu Hurairah reported: Messenger of Allah (ﷺ) said, "While a man was walking on his way he became extremely thirsty. He found a well, he went down into it to drink water. Upon leaving it, he saw a dog which was panting out of thirst. His tongue was lolling out and he was eating moist earth from extreme thirst. The man thought to himself: 'This dog is extremely thirsty as I was.' So he descended into the well, filled up his leather sock with water, and holding it in his teeth, climbed up and quenched the thirst of the dog. Allah appreciated his action and forgave his sins." The Companions asked: "Shall we be rewarded for showing kindness to the animals also?" He (ﷺ) said, "A reward is given in connection with every living creature." [Al-Bukhari and Muslim]
In the narration of Al-Bukhari, the Prophet (ﷺ) is reported to have said: "Allah forgave him in appreciation of this act and admitted him to Jannah."
Another narration says: "Once a dog was going round the well and was about to die out of thirst. A prostitute of Banu Israel happened to see it. So she took off her leather sock and lowered it into the well. She drew out some water and gave the dog to drink. She was forgiven on account of her action."[2]  
______
[1] Maulana Muhammad Asri Yusoff, Fiqh Al-Imam Al-Bukhari Di Dalam Kitab Shahihnya, p. 14.
[2] Imam al-Nawawi, Riyad as-Salihin, Book 1, Hadith 126.

Friday, March 16, 2018

Anak-anak Tahfiz dalam Motif Viral

Semalam aku menonton Motif Viral, satu rancangan yang dikatakan kerap mengangkat golongan yang melakukan benda-benda pelik atau entah apa-apa. Sebenarnya rancangan ini ada juga mempromosikan hal-hal yang bagus. Macam semalam, Motif Viral menjemput Ustaz Kamilin Jamilin dan dua anak didiknya dari Darul Siddir yang sangat hebat hafalan al-Quran mereka. 


Betapa hebatnya hafalan mereka sehingga ketiga-tiga hos tersipu, terpaku dan terdiam melihat mereka diuji dengan soalan-soalan yang sukar tetapi dapat dijawab dengan mudah bagaikan mempunyai photographic memory. Selain al-Quran, adik-adik ini juga boleh menghafal Hadis 40 himpunan Imam al-Nawawi. Dalam hal ini, aku sendiri berasa malu sebab pernah bercita-cita untuk menghafal Hadis 40 tetapi hadis no. 2 yang dibaca oleh adik itu pun aku tak betul-betul ingat lagi.

Tahniah kepada guru muda yang mendidik mereka iaitu Ustaz Kamilin atau sepatutnya dipanggil Dr. Kamilin. Untuk pengetahuan, sebulan yang lalu beliau telah lulus cemerlang viva peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang hadis dengan skor terbaik tanpa pembetulan. Tesisnya berkenaan al-Jarh wa al-Ta'dil, satu ilmu yang bersifat kritikal demi mempertahankan kewibawaan hadis Nabi ﷺ. Terima kasih kerana menjadi inspirasi kepada kami untuk mendekati al-Quran dan hadis.

Wednesday, February 15, 2017

Al-Ghazali dan Buku Persaudaraan Suci

Ikhwan al-Safa

Kitab Ikhwan al-Safa (Buku Persaudaraan Suci) atau lebih dikenali sebagai Rasail Ikhwan al-Safa terdiri daripada risalah-risalah meliputi pelbagai bidang berkenaan alam tabii, teologi, matematik, logik dll. Memandangkan Ikhwan al-Safa ialah sebuah organisasi sulit, penulisnya tidak dapat diputuskan dan masih menjadi misteri. Namun, penggunaan buku ini biasa dikaitkan dengan Syiah Ismaili atau Batiniyyah.

Kenyataan al-Ghazali

Imam al-Ghazali menyebut sepintas lalu Buku Persaudaraan Suci dalam autobiografi beliau semasa berbicara tentang golongan Batiniyyah. Sebahagian mereka mendakwa mempunyai pengetahuan istimewa sedangkan pengetahuan itu bersumberkan falsafah Pythagoras yang menjadi rujukan dalam buku tersebut. Menurut beliau, falsafah Pythagoras adalah selemah-lemah falsafah yang telah dibantah oleh Aristotle dan buku tersebut pada hakikatnya merupakan bahan buangan falsafah (the dregs of philosophy).
  

Saturday, January 7, 2017

Hashshāshīn: Kumpulan Pembunuh Aliran Syiah Ismaili


Hashshāshīn (حَشَّاشِين) merupakan sebuah kumpulan pembunuh bermotifkan politik yang diasaskan oleh Hassan al-Sabbah, seorang penganut Syiah Ismaili atau lebih tepat Nizari Ismaili. Pengasasnya hidup sezaman dengan Imam al-Ghazali. Dalam buku al-Munqiz min al-Dalal (Deliverance from Error), Imam al-Ghazali menyenaraikan empat kelas penuntut iaitu golongan yang menjadi kajian beliau dalam mencari kebenaran. Salah satunya ialah golongan Batiniyyah yang merujuk kepada Syiah Ismaili. Perdana Menteri Kesultanan Seljuk, Nizam al-Mulk pernah mengeluarkan arahan kepada Imam al-Ghazali selaku profesor di Universiti al-Nizamiyyah untuk membongkar kesesatan golongan kebatinan ini. Apa yang kita tahu, Nizam al-Mulk sendiri mati dibunuh (assassinated) oleh mereka!

P/S: Belum tengok filem Assassin's Creed. Game dia pun tak pernah main tapi biasa tengok kawan main kat rumah sewa dulu dan kagum dengan grafik dia yang lawa.
  

Tuesday, November 22, 2016

Apakah yang Terjadi kepada Cucu Rasulullah ﷺ Bernama Muhsin?

Ketika Maulana Muhammad ‘Asri Yusoff singgah ke Pulau Pinang, saya sempat bertanya kepada beliau berkenaan cucu lelaki Rasulullah yang bernama Muhsin. Saya katakan kepadanya yang saya sudah membaca buku beliau bertajuk Pemurnian Sejarah Awal Islam (Siri 3) khususnya artikel Anak Cucu Rasulullah yang Dilupa dan Dipinggirkan.


Namun, dalam artikel buku tersebut, Muhsin hanya tersenarai sebagai anak ketiga Fatimah dengan ‘Ali bin Abi Talib tanpa ada apa-apa kisah berkenaannya. Apakah yang terjadi kepada Muhsin? Terdapat cerita yang mengatakan bahawa Muhsin meninggal dunia dalam kandungan angkara ‘Umar menolak pintu rumah Fatimah sehingga mengenai perutnya. Benarkah cerita sedemikian?

Maulana Muhammad ‘Asri Yusoff merupakan pengasas dan Syeikhul Hadis bagi Pusat Pengajian Al-Qur’an Darul Kautsar yang terletak di Kelantan. Beliau sempat berguru dengan ilmuwan besar di India dan Pakistan semisal Maulana al-Syeikh al-Mufti Wali Hasan Khan. Beliau menjawab, “Muhsin meninggal dunia ketika masih kecil. Kisah tentang ‘Umar menyebabkan Fatimah keguguran itu tidak benar. Itu cerita orang-orang Syiah.”

P/S: Kehadiran ilmuwan ini ke Pulau Pinang adalah untuk membentangkan kertas kerja bertajuk Kajian terhadap Riwayat-Riwayat tentang Zaman Muda Rasulullah Sebelum Menjadi Nabi bersempena Daurah Sirah Nabawiyah anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia. Boleh muat turun kertas kerjanya di SINI dan tonton rakamannya di SINI.
  

Wednesday, May 4, 2016

Ada Apa dengan Dr. MAZA?

Jadual majlis ilmu Masjid Sembilang yang diedarkan beberapa hari lepas mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat setempat apabila salah seorang penceramahnya untuk bulan ini ialah Mufti Perlis, Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA). Ada yang mengerutkan dahi, lalu mencemuh. Ada yang menerima dengan hati terbuka. Selebihnya mungkin tertanya-tanya, “Ada apa dengan Dr. MAZA?”

Jadual majlis ilmu Masjid Sembilang

Sebenarnya, aku sendiri terkejut kerana jarang melihat Dr. MAZA menyampaikan kuliah di masjid-masjid sekitar Pulau Pinang. Walaupun beliau anak kelahiran Pulau Pinang dan menjadi pensyarah di Universiti Sains Malaysia, gerak kerja beliau dilihat lebih sinonim dengan Perlis memandangkan sudah dua kali beliau menjadi mufti bagi negeri itu. Pendirian beliau dalam soal agama semestinya tidak lari daripada keputusan Majlis Fatwa Negeri Perlis. Misalnya, Perlis mempunyai tafsiran berbeza dalam hukum syarak kerana tidak terikat kepada mana-mana satu mazhab tertentu. 

Namun, ini bukanlah masalah besar kerana enakmen negeri-negeri lain yang menyebut rujukannya mazhab Syafi’i tetap memperuntukkan pandangan mazhab muktabar yang lain sekiranya bercanggah dengan kepentingan awam. Contohnya, bayaran zakat fitrah menggunakan wang seperti yang diamalkan pada hari ini adalah daripada mazhab Hanafi kerana mazhab Syafi’i menggunakan makanan asasi. Menurut Dr. MAZA dalam diskusi Ekstremisme Agama di Malaysia, Perlis antara negeri terawal yang membolehkan bayaran zakat fitrah menggunakan wang.

Pernah seorang kawan berkata, “Aku dengar orang kata Dr. MAZA sesat.” Tuduhan ini biasa dilemparkan kepada beliau. Secara umum, aku melihat pendapat-pendapat beliau masih mempunyai asas biarpun berbeza dengan faham kebiasaan masyarakat. Tidak dinafikan terdapat beberapa perkara yang aku kurang setuju. Misalnya, beliau seperti Salafi yang lain cenderung untuk tidak menggunakan kaedah takwil terhadap ayat-ayat mutasyabihat dan menganggap pendekatan golongan Asya’irah/Maturidiyyah dalam mengajarkan akidah Sifat 20 kepada orang awam sebagai tidak sesuai.

Buku-buku Dr. MAZA

Meskipun, tidak selayaknya Dr. MAZA dilabel sebagai sesat kerana pegangan beliau masih dalam kerangka Ahli Sunnah wal Jamaah. Sebaiknya orang awam perlulah menghadapi situasi ini dengan ilmu dan adab. Beliau ilmuwan yang turut aktif menulis melalui laman web, buku-buku dan kertas kerja. Perkataannya seperti manusia lain yang boleh diambil dan ditinggal, melainkan perkataan Rasulullah . Suka untuk aku kongsikan di sini sebuah buku beliau yang aku kira menarik, ilmiah dan mudah didapati. Tajuknya, Fitnah terhadap Sahabat Rasulullah (2012)

Untuk pengetahuan, penulisan buku ini adalah berdasarkan tesis master beliau. Kandungannya bertujuan merungkai fitnah terhadap sahabat Rasulullah ﷺ yang sering disebarkan oleh golongan Syiah. Sudah maklum Syiah mempunyai akidah memburukkan generasi sahabat, bahkan sehingga ke tahap mengkafirkan sebahagian besar daripadanya. Antara modal mereka ialah peristiwa pertelingkahan sahabat selepas kewafatan Rasulullah ﷺ. Melalui buku ini, Dr. MAZA menyemak semula rekod sejarah dan menyingkap realiti menurut neraca al-Quran dan hadis.

Kembali kepada jemputan Dr. MAZA ke Masjid Sembilang, pada hemat aku usaha pihak masjid dalam mempelbagaikan penceramah jemputannya perlu disambut dengan hati yang terbuka. Aku berharap orang ramai dapat hadir memenuhkan ruang masjid sepertimana kedatangan selebriti Nasir Bilal Khan pada bulan lepas. Aku juga ingin mencadangkan kepada pihak masjid agar menyediakan sesi soal jawab baik secara langsung mahupun kiriman bertulis supaya para hadirin dapat mengambil peluang untuk bertanya dan memanfaatkan lagi kedatangan ilmuwan kontemporari ini.

P/S: Penjelasan mengenai sejarah aliran Asya’irah/Maturidiyyah dan Salafiyyah oleh Ustaz Aizam Mas’ud  (Pegawai Penyelidik JAKIM) boleh ikuti di SINI.
  

Thursday, December 24, 2015

Mengenal Anak Cucu Rasulullah ﷺ

Penulisan entri ini diringkaskan daripada artikel Maulana Muhammad ‘Asri Yusoff yang bertajuk Anak Cucu Nabi S.A.W. yang Dilupa dan Dipinggirkan. Artikel tersebut telah dimuatkan bersama artikel-artikel beliau yang lain di dalam sebuah buku berjudul, Siri Pemurnian Sejarah Awal Islam (Siri 3).



Anak-anak Lelaki Rasulullah ﷺ

1. Qasim

2. ‘Abdullah

3. Tayyib atau Thahir

4. Ibrahim

Anak sulong Rasulullah ﷺ ialah Qasim. Sebahagian ulama mengatakan Tayyib atau Thahir tak lain tak bukan ‘Abdullah jua. Ibrahim merupakan anak lelaki yang bongsu dan ibunya ialah Mariah al-Qibthiyyah. Selain Ibrahim, mereka ialah anak-anak Nabi ﷺ dengan Sayyidatina Khadijah. Para ulama tidak mengemukakan apa-apa kisah atau peranan anak-anak lelaki Nabi ﷺ kerana kesemuanya meninggal dunia ketika masih kecil. Kalau pun ada hanyalah peristiwa ketika berlakunya kematian mereka.

Anak-anak Perempuan Rasulullah ﷺ

1. Zainab (isteri Abu al-‘Ash bin ar-Rabi’)

Zainab ialah anak perempuan sulong Nabi ﷺ. Beliau dilahirkan 10 tahun sebelum kenabian dan merupakan anak perempuan yang paling utama berdasarkan sabda Nabi ﷺ yang bermaksud, “Dia adalah anak perempuanku yang paling utama, dia telah menderita keranaku.” Zainab ialah orang yang mula-mula sekali memeluk agama Islam daripada kalangan anak-anak gadis dan telah mendapat kesusahan kerana berhijrah di jalan Allah sehingga mengalami keguguran. Suaminya iaitu Abu al-‘Ash bin ar-Rabi’ ialah anak saudara Sayyidatina Khadijah. 

2. Ruqayyah (isteri ‘Utsman bin ‘Affan)

Ruqayyah ialah anak perempuan kedua Rasulullah ﷺ. Beliau dilahirkan tujuh atau lapan tahun sebelum kenabian dan terkenal dengan kejelitaannya. Ruqayyah antara yang terawal menerima Islam seperti ibu dan adik beradiknya. Beliau dan suaminya, ‘Utsman bin ‘Affan menyertai hijrah pertama orang-orang Islam ke Habsyah pada tahun kelima kenabian. Pada tahun kedua Hijrah, Ruqayyah diserang penyakit cacar. Ketika itu juga berlangsungnya perang Badar dan demi menjaganya, ‘Utsman tidak mengikuti peperangan tersebut. Ruqayyah meninggal pada tahun yang sama.

3. Fathimah (isteri ‘Ali bin Abi Thalib)

Fathimah ialah anak perempuan ketiga Rasulullah ﷺ. Para ulama berbeza pendapat tentang tahun kelahiran Fathimah yang terkenal dengan gelaran az-Zahra ini. Pendapat yang betul ialah beliau dilahirkan lima tahun sebelum kenabian kerana bertepatan dengan hadits “inzar al-‘asyirah”. Fathimah berkahwin dengan ‘Ali bin Abi Thalib selepas perang Badar. Hasil perkongsian hidupnya dengan ‘Ali, mereka telah mendapat lima orang cahaya mata. Anak-anak mereka mengikut tertibnya adalah seperti berikut: (1) Ummu Kultsum (2) Zainab (3) Muhsin (4) Hasan (5) Husain. 

4. Ummu Kultsum (isteri ‘Utsman bin ‘Affan)

Anak perempuan Rasulullah ﷺ yang keempat atau yang bongsu ialah Ummu Kultsum. Rasulullah ﷺ menjodohkan Ummu Kultsum dengan ‘Utsman bin ‘Affan setelah Ruqayyah meninggal dunia. Itulah sebabnya ‘Utsman digelar “Zun an-Nurain” (yang memiliki dua cahaya). Pemilihan ‘Utsman buat kali kedua sebagai menantu Rasulullah ﷺ adalah berdasarkan wahyu daripada Allah sebagaimana sabdanya, “Tidak aku kahwinkan Ummu Kultsum dengan ‘Utsman setelah mendapat wahyu dari langit.” Ummu Kultsum meninggal pada tahun kesembilan Hijrah.

Cucu-cucu Lelaki Rasulullah ﷺ

1. ‘Ali bin Abu al-‘Ash bin ar-Rabi’

‘Ali bin Abu al-‘Ash ialah cucu pertama Nabi ﷺ yang lahir sekitar tujuh atau lapan tahun sebelum Hijrah. Selepas dua tahun penyusuan, Rasulullah ﷺ meminta Zainab untuk memeliharanya. Rasulullah ﷺ sangat menyayangi cucunya ini dan selalu membawanya ke setiap tempat penting. Misalnya pada peristiwa pembukaan Mekah, Nabi ﷺ memboncengkan ‘Ali di belakang untanya. Nabi ﷺ juga menyuruh ‘Ali naik ke atas bahunya untuk membersihkan bahagian dalam Ka’bah daripada berhala-berhala. Cucunda Nabi ﷺ ini syahid dalam perang Yarmuk pada tahun 15 Hijrah.

2. ‘Abdullah bin ‘Utsman bin ‘Affan

‘Abdullah ialah anak Ruqayyah dengan ‘Utsman bin Affan yang lahir di Habsyah. Mulai saat itu, ‘Utsman lebih senang dipanggil Abu ‘Abdillah. ‘Abdullah kemudiannya digelar ‘Abdullah al-Akbar. Ramai ahli sejarah terpengaruh dengan cerita bahawa ‘Abdullah meninggal dunia pada tahun keempat Hijrah ketika berumur enam tahun akibat muka atau matanya dipatuk bapa ayam. Cerita tersebut bertentangan dengan akal. ‘Abdullah masih hidup sampai ke zaman ‘Ali bin Husain yang lahir pada tahun 38 H, bahkan telah menjadi guru kepada ‘Ali yang digelar Zainal ‘Abidin itu.

3. Muhsin bin ‘Ali bin Abi Thalib

Muhsin hanya tersenarai sebagai anak ketiga Fathimah dengan ‘Ali bin Abi Thalib tanpa ada apa-apa kisah berkenaannya. Tertib kelahiran adik-beradiknya yang lain telah pun dinyatakan sebelum ini. Berbeza dengan pendapat konvensional yang menganggap tertib kelahiran mereka begini: (1) Hasan (2) Husain (3) Muhsin (4) Zainab (5) Ummu Kultsum. Dikatakan Hasan lahir pada tahun ketiga Hijrah, Husain tahun keempat Hijrah, Muhsin tahun kelima atau keenam Hijrah, Zainab tahun ketujuh Hijrah dan Ummu Kultsum tahun kelapan, kesembilan atau kesepuluh Hijrah. 

4. Hasan bin ‘Ali bin Abi Thalib

Hasan ialah anak keempat Fathimah dengan ‘Ali bin Abi Thalib mengikut tertib kelahiran yang betul. Dakwaan bahawa Hasan ialah anak sulong Fathimah yang lahir pada tahun ketiga Hijrah sama sekali tidak berasas. Berdasarkan kesepakatan ulama, bidan yang menyambut kelahiran Hasan ialah Asmaa’ binti ‘Umais. Asmaa’ telah berhijrah ke Habsyah dan hanya sampai ke Madinah selepas perang Khaibar pada tahun ketujuh Hijrah. Justeru, paling awal Hasan dilahirkan pada tahun ketujuh Hijrah dan berumur tidak lebih daripada empat tahun ketika Baginda ﷺ wafat.

5. Husain bin ‘Ali bin Abi Thalib

Husain ialah adik kepada Hasan. Dakwaan bahawa Husain ialah anak kedua Fathimah yang lahir pada tahun keempat Hijrah sudah tentu tidak munasabah setelah mengetahui abangnya lahir paling awal pada tahun ketujuh Hijrah. Ibu susuan Husain ialah Ummu al-Fadhl iaitu isteri kepada ‘Abbas. Ummu al-Fadhl tinggal di Mekah sehingga tahun pembukaan Mekah iaitu tahun kelapan Hijrah. Menurut perkiraan, beliau tiba di Madinah pada tahun kesembilan Hijrah. Oleh itu, dapat diputuskan bahawa Husain ialah anak bongsu Fathimah yang lahir pada tahun kesembilan Hijrah.

Cucu-cucu Perempuan Rasulullah ﷺ

1. Umamah binti Abu al-‘Ash bin ar-Rabi’

Umamah merupakan cucu kedua Rasulullah ﷺ. Kitab-kitab hadits sering menceritakan kisah seorang cucu perempuan Nabi ﷺ yang selalu didukungnya ketika sedang solat. Cucu perempuan Nabi ﷺ itu ialah Umamah binti Abu al-‘Ash. Betapa istimewanya Umamah dapat dilihat pada satu peristiwa di mana Baginda ﷺ mendapat kalung yang sangat bernilai. Nabi ﷺ bersabda, “Aku akan memakaikannya kepada ahli keluargaku yang tercinta.” Lalu Baginda ﷺ memanggil cucunya, Umamah dan memakaikan kalung tersebut di lehernya dengan penuh kasih sayang. 

2. Ummu Kultsum binti ‘Ali bin Abi Thalib

Ummu Kultsum ialah anak perempuan sulong Fathimah dan ‘Ali yang lahir pada penghujung tahun ketiga Hijrah atau pada tahun keempat Hijrah. Ummu Kultsum ini kemudiannya telah menjadi isteri Sayyidina ‘Umar dan mereka mendapat dua orang anak iaitu Zaid dan Ruqayyah. Kesediaan ‘Ali bermenantukan ‘Umar merupakan bukti paling kuat tentang tidak adanya sebarang permusuhan di antara mereka berdua seperti yang didakwakan oleh golongan Syi‘ah. Ummu Kultsum antara yang menjadi saksi pembunuhan adik bongsunya, Husain oleh orang-orang Syi‘ah sendiri.

3. Zainab binti ‘Ali bin Abi Thalib

Zainab ialah anak kedua Sayyidatina Fathimah. Zainab berkahwin dengan sepupunya iaitu ‘Abdullah bin Ja’far bin Abi Thalib. Namun, mereka bercerai kerana perbezaan pendapat dalam soal mengikuti Husain ke Kufah untuk memberontak terhadap khalifah semasa, Amirul Mu’minin Yazid bin Mu‘awiyah. Setelah sampai ke Karbala’, Zainab berasa amat tertipu dengan orang-orang Syi‘ah Kufah kerana mereka sendiri bertindak membunuh saudara-maranya. Zainab kemudian berangkat ke Syam atas jemputan khalifah Yazid dan menetap di sana hingga ke akhir hayatnya.

P/S: Untuk pengetahuan, artikel asal lebih terperinci dengan rujukannya yang pelbagai sehingga berjumlah hampir 70 m/s. Selain memperkenalkan anak cucu Rasulullah ﷺ yang jarang kita dengar, ianya bertujuan untuk menjelaskan penyelewengan yang berlaku terhadap sejarah hidup mereka. Penyelewengan tersebut mempunyai maksud tertentu dalam mengurangkan (discredit) sebahagian anak cucu Baginda ﷺ di samping melebihkan sebahagian yang lain. Hubungi Mohd Haazim (010-211 5951) untuk mendapatkan buku-buku Maulana Muhammad ‘Asri Yusoff.
   

Tuesday, November 10, 2015

Aqidah Thahawiyah: Prinsip-Prinsip ‘Aqidah Salaf

“Sebaik-baik manusia adalah pada masaku (iaitu generasi Sahabat), kemudian yang sesudahnya (iaitu generasi Tabi’in) kemudian yang sesudahnya (iaitu generasi Tabi’ut Tabi’in).” [Sahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 2652) dan Muslim (no. 2533 (212))]
Berdasarkan sabda Rasulullah di atas, aku berpandangan perlunya menilai pengetahuan dan amalan sama ada akidah, fiqah atau akhlak berdasarkan kefahaman generasi Sahabat, Tabi’in dan Tabi’ut Tabi’in. Mereka merupakan generasi yang terbaik kefahamannya terhadap agama. Ketiga-tiga generasi ini juga biasa disebut oleh para ulama sebagai Salafus Soleh atau Salaf (salaf secara harfinya bermaksud terdahulu) dan mereka hidup sekitar tiga kurun terawal Hijrah. 

Aqidah Thahawiyah

Buku yang aku ingin kongsikan ini berkenaan akidah bertajuk Aqidah Thahawiyah. Penulisnya ialah Imam Abu Ja’far ath-Thahawi yang lahir pada tahun 239 H. Bapa saudara serta gurunya merupakan salah seorang murid Imam asy-Syafi’i yang terkenal iaitu Imam al-Muzani. Namun, ath-Thahawi lebih cenderung mengikuti fiqah mazhab Hanafi. Beliau menulis buku ini dengan menghimpunkan prinsip-prinsip akidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang menjadi keyakinan para Salaf.

Pada pembacaan aku, buku ini sangat bermanfaat dalam mengajar asas-asas penting akidah atau pokok agama terutama dalam membezakan fahaman-fahaman yang menyelisihi pegangan Salaf. Imam ath-Thahawi mengarang buku ini ketika umat Islam berhadapan dengan aneka ragam pemikiran dan golongan (firqah) yang berbeza dalam soal akidah. Antara golongan itu ialah Khawarij, Musyabbihah, Jahmiyyah, JabriyyahQadariyyahRafidhah (Syiah) dan Mu’tazilah

Setiap golongan mempunyai pengaruhnya yang tersendiri. Contohnya Mu’tazilah yang mana sistem teologi mereka meletakkan akal sebagai dalil utama pernah menjadi fahaman rasmi kerajaan Abbasiyyah. Prinsip mereka itu telah menyempitkan bahagian wahyu dan menimbulkan polemik agama seperti Mihnah Khalq al-Quran yang banyak mengorbankan ahli hadis dan fiqah. Mereka juga tanpa segan silu menolak sesuatu hadis apabila merasakan tidak rasional meskipun ianya sahih dan mutawatir

Selain itu, Rafidhah daripada kalangan Syiah membawa fahaman ekstrem dengan akidah mengkafirkan para Sahabat. Kesannya telah menukar rupa asal agama dari pelbagai sudut. Begitu juga golongan lain seperti Khawarij yang mengkafirkan pelaku dosa besar, Musyabbihah yang menyamakan sifat Allah dengan makhluk, Jahmiyyah yang menafikan sifat-sifat Allah, Jabriyyah yang keterlaluan dalam menetapkan takdir (determinist) dan Qadariyyah yang berfahaman kebebasan kehendak (free will).

Justeru, kehadiran buku yang serba ringkas tentang akidah ini sememangnya perlu kepada umat Islam untuk berhadapan dengan polemik agama yang terjadi ketika itu. Malah, sifatnya yang ringkas serta menyeluruh dalam menyatakan asas-asas penting akidah seperti tauhid, sifat-sifat Allah, kenabian, hari kebangkitan, takdir dan selainnya membuatkan Aqidah Thahawiyah masih menjadi rujukan sehingga kini. Semoga Allah melimpahkan kurnia buat pengarangnya.

Maklumat lanjut tentang buku ini serta urusan pembeliannya boleh merujuk di www.atsar.ilmusunnah.com. Terjemahan dalam bahasa Melayu Indonesia dan mendapat komentar ringkas daripada dua orang ilmuwan terkenal di Arab Saudi. Buku lain sebagai cadangan ialah al-Milal wa al-Nihal (Imam asy-Syahrastani) yang membincangkan setiap golongan yang telah tersebut di atas.
    

Thursday, October 15, 2015

Hikmat Muta’aliyah: Karya Agung & Doktrin Teosofi Mulla Sadra

Penulisan ini adalah ringkasan yang dibuat berdasarkan buku Prof. Seyyed Hossein Nasr, Sadr al-Din Shirazi dan Hikmat Muta’aliyah (Edisi 2) halaman 48-63 berkenaan magnum opus Sadr al-Din Shirazi (Mulla Sadra).

Karya agung Mulla Sadra (979-1050 H), al-Hikmat al-Muta’aliyah fil-Asfar al’-Aqliyyat al-Arba’ah (Hikmat Muta’aliyah tentang Empat Perjalanan Akal pada Jiwa) atau Asfar ditulis pada tahun 1037 H/1628 M. Terkenal kepada orang Parsi dan sebahagian besar masyarakat Muslimin benua kecil Indo-Pakistan, Asfar merangkumi hampir kesemua masalah yang dibincangkan dalam aliran-aliran pemikiran Islam yang awal seperti ilmu kalam, falsafah dan tasawuf. Ia merupakan lautan ilmu doktrin metafizikal dalam pemikiran Islam, malah pemikiran Yunani juga. 

Buku hasil terjemahan Prof. Madya Baharuddin Ahmad terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Tajuk asal, Sadr al-Din Shirazi and His Transcendent Theosophy (1978).
Istilah al-Hikmat al-Muta’aliyah merupakan judul kitab dan aliran pemikirannya yang diterjemahkan sebagai ‘Transcendent Theosophy’. Doktrin Mulla Sadra adalah ‘theosophy’ dan bukannya ‘philosophy’ kerana ia tidak terpancar dari rangka akalan manusia semata tetapi daripada benih pengertian qalbu atau wijdan. Frasa “al-Asfar al-‘Aqliyyat al-Arba’ah” ialah simbol perjalanan atau pengembaraan dari keadaan jahil ke satu keadaaan yang jelas, bercahaya dan ‘sedar’. Mulla Sadra menyatakan seorang arifin akan melalui empat perjalanan dan beliau menggunakan simbol ini bagi menggambarkan proses intelek manusia mencapai ilmu yang haqiqat

Empat perjalanan yang dinyatakan oleh Mulla Sadra adalah seperti berikut: 
1) Dari makhluk (khalq) ke Hakikat Kebenaran atau Pencipta (Haqq)
2) Dari Hakikat ke Hakikat dengan Hakikat (min al-haqq ila’l-haqq bi’l-haqq)
3) Dari Hakikat kepada makhluk dengan Hakikat (min al-haqq ila’l-khalq bi’l-haqq)
4) Dari makhluk kepada makhluk dengan Hakikat (min al-khalq ila’l-khalq bi’l-haqq).

Mulla Sadra memulakan Asfar dengan satu bab pengenalan bagi kita memahami diri dan pemikirannya. Perjalanan (safar) pertama dikhaskan kepada persoalan metafizik dan ontologi. Perjalanan kedua membicarakan sistem “falsafah tabii” menjadikan kajian ini tertakluk di bawah kategori logika Aristotle. Perjalanan ketiga membincangkan persoalan Zat, Nama dan Sifat Tuhan iaitu satu bidang ilmu daripada bidang ilmu Islam tradisional yang disebut “metafizik dalam maknanya yang khas” (al-ilahiyyat bi-ma’na’l-akhass). Safar terakhir dalam Asfar ditumpukan kepada psikologi tradisional (‘ilm al-nafs) dan soal kebangkitan semula atau eskatologi. 

P/S: Menurut Prof. Seyyed Hossein Nasr, ahli sufi merupakan golongan paling banyak menggunakan simbol perjalanan dengan memberi contoh karya Farid al-Din ‘Attar, Mantiq al-Tayr (Persidangan Burung-burung). Untuk pengetahuan, karya itu menjadi inspirasi kepada lagu “Tanya Sama Itu Hud Hud” (M. Nasir).
  

Friday, September 11, 2015

Agamawan dan Kesusasteraan

Baru-baru ini aku membaca sebuah buku bertajuk Syeikh Tahir Jalaluddin: Pemikir Islam (2003). Buku tersebut mengumpulkan enam kertas kerja yang membincangkan pelbagai perspektif ketokohan Syeikh Tahir Jalaluddin. Aku tertarik dengan kertas kerja Prof. Muhammad Bukhari Lubis iaitu Sumbangan Syeikh Tahir Jalaluddin (r.h.) terhadap Perkembangan Persuratan Islami.

Maulana ‘Asri – Syair ‘Allamah Iqbal: Satu Kenangan Perang Yarmuk (Urdu)

Dalam kertas kerja tersebut, Prof. Bukhari Lubis mengangkat Syeikh Tahir Jalaluddin sebagai seorang pujangga selain seorang sarjana yang berwibawa. Kualiti ketokohan ulama seperti Syeikh Tahir ini dilihatnya semakin berkurangan. Menurut beliau,
“Pada zaman sekarang suasana ini sungguh berbeza. Banyak agamawan yang tidak dapat menilai seni, walaupun mereka sudah mempelajari dan mendalami salah satu cabang seni, iaitu sastera, khasnya sastera Arab. Ada ulama fikah yang turut mendalami ilmu-ilmu Arabiah - maksudnya termasuklah sastera Arab – sebelum dia mendalami ilmu fikah, tetapi sayangnya tidak dapat menilai sastera (tidak kira Arab, Melayu, dan sebagainya), malah ada masanya merendah-rendahkan kegiatan kesusasteraan walaupun yang berlandaskan pengajaran Islam.”
Kata-kata beliau itu ada benarnya. Tak ramai agamawan yang dapat menilai seni khususnya sastera. Jarang sekali aku mendengar nama-nama penyair seperti Hamzah Fansuri, ‘Allamah Iqbal atau Maulana Jalaluddin Rumi daripada agamawan kita. Tak mustahil jika masyarakat berasa asing mendengar nama-nama penyair tersebut.

Aku masih ingat lagi, kali pertama mendengar nama Maulana Jalaluddin Rumi iaitu daripada bapa aku. Katanya, Rumi ialah seorang sufi dan puisi-puisinya yang indah itu terkenal di serata dunia. Aku hairan memandangkan aku tak pernah pun mendengar tentang Rumi. Kemudian, aku lihat buku-buku berkenaan Rumi dan terjemahan puisinya begitu banyak dalam bahasa Inggeris. Hal ini menunjukkan bahawa orang luar yang bahkan bukan beragama Islam lebih menghargai karya seni umat Islam berbanding penganutnya sendiri.

Maulana ‘Asri – Maulana Jalaluddin Rumi dan Kitab Masnawi

Oleh itu, aku tertanya-tanya sekiranya ada sesiapa khususnya agamawan yang dapat bercerita tentang Rumi dan karyanya. Menariknya, Maulana Muhammad ‘Asri Yusoff mengemukakan sebuah kisah daripada Rumi ketika mensyarahkan hadis dalam Sahih al-Bukhari. Tak sangka ilmuwan hadis ini menjadikan karya Rumi sebagai bahan untuk syarahan beliau. Menurut Maulana ‘Asri, kisah Rumi mengenai seekor anak harimau yang membesar dalam lingkungan sekawan kambing itu ialah ibarat kepada keadaan Rasulullah ﷺ. 

Menurutnya lagi, kebanyakan karya-karya Rumi seperti syair-syair dan kisah-kisah ibarat beliau sebenarnya mentafsirkan al-Quran dan hadis. Pandangan ini sama seperti yang dinyatakan oleh Prof. Bukhari Lubis dalam buku Bunga Rampai Sastera Parsi (1990),
“Rumi sentiasa menyisipkan ayat-ayat al-Quran ke dalam karyanya, atau sekadar mentafsirkan ayat al-Quran menerusi tulisannya.”
“Tindakan yang sama juga dilakukan oleh penyair sufi ini terhadap Hadis Nabi (s.a.w.), sama ada mengutipnya secara langsung atau hanya menggunakan intipati ideanya sahaja.” 
Prof. Bukhari Lubis dalam kajiannya mengagumi kekreatifan Rumi dalam berkisah serta kebolehannya dalam mencipta sahsiah dan watak. Begitu juga Maulana ‘Asri yang mengakui keunikan sasteranya. Malah, beliau menukilkan pendapat Maulana Anwar Syah Kashmiri terhadap Masnawi sebagai salah satu kitab ajaib di dunia.

Maulana ‘Asri – Syair Syeikh Sa’di: Bustan (Parsi)

Selain memperkenalkan Rumi dan karya agungnya, Maulana ‘Asri turut memperkenalkan penyair-penyair Muslim yang lain seperti Syeikh Sa’di dan ‘Allamah Iqbal. Istimewanya, beliau berupaya membaca syair-syair mereka dalam bahasa asal iaitu Parsi dan Urdu. Beliau memuji Sa’di dan syair-syairnya yang sangat mendalam dalam menggambarkan perasaan dan jiwa manusia. Manakala syair Iqbal daripada Bang-i Dara menjadi pengisian berguna dalam kuliahnya yang bertujuan memurnikan sejarah Islam.

Pada hemat aku, usaha agamawan seperti Maulana ‘Asri yang memperkenalkan penyair-penyair ini adalah amat menarik. Beliau menyelitkan syair-syair dan kisah ibarat mereka di dalam kuliahnya kerana menyedari sifat manusia yang gemarkan kelainan dan kepelbagaian. Selain itu, kemahiran beliau bertutur dalam pelbagai bahasa mampu mengangkat karya seni umat Islam yang kian hilang dalam peredaran zaman. Khabarnya, beliau berhasrat untuk mengadakan seminar berkenaan Iqbal. Semoga hasratnya menjadi kenyataan!
   

Tuesday, April 21, 2015

Socrates: Ahli Hikmah yang Mulia dan Zuhud

The way it began was that somebody had asked the Oracle at Delphi (always a bad idea) whether there was anyone in Greece wiser than Socrates.

‘No,’ came the answer. (Less obscure than many Delphic pronouncements, but troublemaking nonetheless.)

Socrates was shocked, because he knew that he wasn’t wise, so he set about looking for people who were wiser than he was. He asked an important priest to define piety.

‘It means honouring the gods and doing their will,’ said the priest.

‘But we have lots of gods,’ said Socrates, ‘and our myths say that they often quarrel among themselves. If two gods are quarrelling, which of them do I honour?’

There was, of course, no answer for that.
Petikan dialog Socrates (470-399 SM) di atas aku ambil daripada buku A Classical Education (2013) oleh Caroline Taggart. Buku ini menceritakan banyak perkara tentang zaman klasik Greek dan Roman yang disampaikan dengan ringkas dan santai. Terdapat 10 bab bermula dengan The Wordy Stuff: Classical Languages, The Made-Up Stuff: Religion and Mythology, A Detour: Crete, The Old Stuff I: Ancient Greek History, The Old Stuff II: Roman History, The Posh Stuff: Classical Literature, The Fancy Stuff: Architecture and Art, The Clever Stuff I: Math, Sciences and Invention, The Clever Stuff II: Philosophy and the ‘Liberal Arts’ dan yang terakhir, A Bit of Light Relief: The Games. Baru dibeli bulan lepas. Terima kasih Big Bad Wolf Sale 2015!

A Classical Education (2013)

Kembali kepada Socrates, beliau dikatakan sebagai bapa kepada falsafah Greek selain muridnya iaitu Plato. Kemudian, cara berfikir atau logik yang betul, bersifat formal dan sistematis disempurnakan oleh Aristotle. Berkenaan pendekatan yang diguna oleh Socrates, hal ini membuatkannya dituduh merosakkan pemikiran anak muda di Athens. Menurut Imam Shahrastani dalam bukunya, Agama dan Ideologi (al-Milal wa al-Nihal), Socrates ialah seorang ahli hikmah yang mulia dan zuhud. Beliau meninggalkan keseronokan dunia dan sibuk dengan latihan jiwa serta pembersihan akhlak. Socrates melarang pemimpin-pemimpin pada zamannya daripada melakukan syirik dan menyembah berhala, tetapi mereka menentang dan membuat keputusan untuk membunuhnya. Lalu, beliau dipenjara dan diberi minum racun (hemlock).

The Death of Socrates

Menurut Dr. Mohd Farid Mohd Shahran dalam buku Akidah dan Pemikiran Islam: Isu dan Cabaran, ketika kerajaan Athens menjatuhkan hukuman mati ke atas Socrates, kawannya Crito telah menasihati beliau supaya melarikan diri dari kota tersebut kerana apa yang beliau pertahankan ialah nilai-nilai yang luhur. Socrates enggan kerana beliau tidak mahu menentang undang-undang negara Athens sambil berpegang bahawa tindakan itu juga merupakan nilai luhur yang harus dipertahankan. Akhirnya, tamatlah riwayat hidup seorang tokoh pemikir yang diistilahkan oleh muridnya, Plato sebagai manusia paling baik, bijaksana dan adil. Untuk pengetahuan, perkataan falsafah berasal daripada Greek, philo (cinta) dan sophos (hikmah, kebijaksanaan), yang bermakna cinta pada kebijaksanaan (love of wisdom) atau pada kebenaran dan keutamaan.

Peter Murphy - Socrates the Python

P/S: Bacaan selanjutnya tentang peranan Socrates dalam menghadapi golongan Sofis (Sophists) dan cabaran penisbian nilai serta perbahasan tentang akal, logik dan intelektualisme dalam Islam bolehlah merujuk buku Akidah dan Pemikiran Islam: Isu dan Cabaran. Buku Imam Shahrastani, Agama dan Ideologi banyak mengutarakan pandangan Socrates tentang ketuhanan. Juga menarik untuk dibaca ialah buku Menjadi Intelektual oleh Dr. Abdul Rahman Abdullah yang membincangkan tentang sejarah ilmu dan falsafah ilmu. Selamat membaca dan rock on!
  

Friday, April 3, 2015

Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor oleh Prof. Dr. Hamka (1958)

 “Macam mana dengan buku Hamka? Hang dah habis baca ka?”
“Dah. Bagi aku menarik. Banyak benda yang dia cerita. Lagi pun, aku boleh relate balik dengan apa yang aku tengok dalam Sang Pencerah.”
Itu kata kawan aku, Fex Darwish selepas aku tanya dia berkenaan buku Hamka, Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor. Buku tersebut sedikit sebanyak ada menceritakan tentang persatuan Muhammadiyah sepertimana dalam filem Sang Pencerah (2010). Untuk pengetahuan, Muhammadiyah ialah gerakan Kaum Muda di Indonesia yang didirikan oleh Kiyai Haji Ahmad Dahlan pada tahun 1912. Hamka atau Haji Abdul Malik bin Abdul Karim bin Amrullah adalah antara tokoh Muhammadiyah.

 
 Karya yang dianggap “The Lost Manuscript”
Diterbitkan oleh Pustaka Dini

Buku ini ditulis oleh Hamka pada tahun 1958 yang mana menurut beliau bertujuan untuk membersihkan salah faham di antara umat Islam, baik di Malaya atau di Indonesia yang timbul kerana kenyataan Mufti Johor dalam majalah Semenanjung. Mufti Johor, Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad dalam kenyataannya itu memperkatakan tentang masalah buku Ibadat Rasulullah yang ditulis oleh Ustaz Abu Bakar al-Asha’ari yang katanya tiada guna kerana mengelirukan orang ramai. Namun, beliau dilihat lebih banyak memperburukkan Kaum Muda khususnya di Indonesia.

Mufti Johor menyatakan bahawa masalah berkenaan Kaum Muda dan Kaum Tua ini pada asalnya bermula di Turki dan beliau mengaitkan Kaum Muda di Turki dengan Kaum Muda di Indonesia. Hal ini sama sekali tidak dipersetujui oleh Hamka kerana menurut beliau, Kaum Muda di Turki (Turkiyyatul Fatah) ialah gerakan politik, bukan gerakan agama. Manakala Kaum Muda di Indonesia pula ialah gerakan agama semata-mata yang membincangkan masalah ijtihad dan taqlid, terutama dalam soal ibadat dan akidah. Asalnya dibawa ke Sumatera oleh orang-orang Minangkabau yang datang dari Mekah. Turut memainkan peranan ialah ayah Hamka sendiri.

Kemudian, Mufti Johor menyatakan bahawa Kaum Muda di Indonesia banyak menimbulkan was-was sehingga menyebabkan 10 juta rakyat Indonesia memeluk agama Kristian. Hamka selaku Ahli Agama (Pegawai Tinggi Kementerian Agama) yang dilantik oleh Republik Indonesia membantah dengan mengemukakan statistik bancian pemeluk agama negara itu. Bahkan menurut Hamka, perkumpulan Islam yang mula-mula sekali menentang diayah orang-orang Kristian ialah Kaum Muda Muhammadiyah dengan mendirikan sekolah, rumah-rumah sakit serta tempat memelihara anak yatim dan orang miskin. Adapun Kaum Tua ketika itu hanya tahu menghina usaha mereka.

Sang Pencerah (2010)
Filem biografi pengasas Muhammadiyah, K.H. Ahmad Dahlan.

Selanjutnya, dakwaan-dakwaan lain oleh Mufti Johor seperti Kaum Muda menyebabkan 30 juta rakyat Indonesia menjadi komunis, Kaum Muda mengambil fatwa dari Qadiani, Kaum Muda tidak percaya kepada beberapa tiang-tiang agama Islam, hukuman kafir terhadap orang Islam yang ingkar akan kenajisan babi serta tuduhan bahawa Ustaz Hassan Bandung menafsirkan al-Quran menurut teori Darwin dan Freud juga dijawab dengan mudah dan bijak oleh Hamka. Tidaklah aku berhajat untuk mengupas satu persatu. Hamka mengaku adakala penulisannya keras, namun bukan atas dasar permusuhan, tetapi atas dasar hormat dan kasih.

Pada pandangan aku, buku ini sesuai dibaca kepada mereka yang ingin mengenal sejarah dan polemik agama yang terjadi di antara Kaum Tua dan Kaum Muda. Menarik apabila Hamka bercerita mengenai tokoh Kaum Muda di Malaysia iaitu Syeikh Tahir Jalaluddin yang gigih mendidik masyarakat tentang sunnah melalui risalahnya biarpun usia hampir mencecah 90 tahun. Risalah itu bertajuk Risalah Penebas atas Bidaah-bidaah di Kepala Batas. Juga pujian Hamka kepada Ustaz Abu Bakar al-Asha’ari dan Ustaz Mustafa Abdul Rahman atas usaha mereka menerangkan ilmu agama yang diibaratnya sebagai bintang-bintang yang berkelap-kelip di langit Malaya.

Seterusnya, melalui buku ini aku melihat Hamka ingin menyampaikan mesej agar kita membebaskan diri kita daripada belengu taqlid (blind following or second-hand belief). Dalam erti kata yang lain, janganlah kita mudah menerima atau mengamalkan apa sahaja kata-kata orang sekalipun ianya seorang syeikh atau ulama besar melainkan kata-katanya itu berdasarkan al-Quran dan hadis. Hamka menukilkan kata-kata Imam Malik, Imam al-Syafi’i, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad bin Hanbal bagi menunjukkan keutamaan al-Quran dan hadis sebagai sumber agama. Kesimpulannya, polemik seperti ini perlulah dihadapi dengan ilmu dan adab.

P/S: Menarik koleksi buku-buku Hamka di blog PC Kokak dan ulasan novel Hamka, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck di blog Xyrus Zone.. 
  

Thursday, January 29, 2015

Pesan Pak Long (Institut al-Qayyim)

Beberapa hari lepas, aku berkesempatan menghadiri syarahan kitab al-Rahiq al-Makhtum di Institut al-Qayyim, Pulau Pinang. Kitab tersebut yang ditulis oleh Syeikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri telah memenangi tempat pertama Sayembara Penulisan Sirah (1979) anjuran Rabitah al-‘Alam al-Islami, Makkah. Syarahannya diadakan pada setiap hari Selasa minggu keempat dan disampaikan oleh Penasihat Institut al-Qayyim, Ustaz Abd. Rasyid Idris. 

Pak Long tidak jemu menimba ilmu

Selesai sahaja syarahan dan sesi soal jawab, pakcik yang berada di sebelah aku berjabat tangan dan beramah mesra. Kami berbual ringkas. “Saya sebenarnya orang baru,” kata aku. Pakcik itu sudah tua dan orang di situ memanggilnya sebagai Pak Long. Kata Pak Long, “Nabi meninggalkan kita dua perkara yang mana apabila kita berpegang kepadanya, maka kita tak akan sesat selama-lamanya. Itulah al-Quran dan Sunnah. Cukuplah dua perkara itu.” 

Kemudian Pak Long berpesan lagi, “Mintalah perlindungan kepada Allah daripada (kejahatan) syaitan.” Menurut Pak Long, syaitan akan sentiasa berusaha mengelirukan kita. “Berapa ramai orang yang tak mengaji? Berapa ramai orang yang tak sembahyang?” soalnya. Pak Long akui cabaran yang dihadapi oleh anak muda zaman sekarang memang hebat. Lalu Pak Long mengibaratkan al-Quran dan Sunnah itu sebagai kunci bagi menyelesaikan segala permasalahan. 

Akhir sekali Pak Long berpesan, “Berdoalah supaya Allah tak hilangkan kita daripada iman. Berdoa juga untuk kedua ibu bapa kita.” Katanya, “Kita melakukan kesalahan, mereka pun melakukan kesalahan. Berdoalah memohon keampunan Allah.” Begitulah pesan Pak Long. Pak Long bersyukur keempat-empat anaknya sudah berjaya. Kini Pak Long bahagia menikmati usia senja walaupun sedikit uzur. Oh, ya! Kita mungkin kenal salah seorang anaknya iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.
   

Sunday, May 25, 2014

Pergolakan Jiwa Imam al-Ghazali

"I saw for certain that I was on the brink of a crumbling bank of sand and in imminent danger of hell-fire.."
".. my tongue would not utter a single word nor could I accomplish anything at all." 
".. I could hardly swallow or digest a single mouthful of food."
"My powers became so weakened that the doctors gave up all hope of successful treatment."
Imam al-Ghazali menulis kata-kata tersebut dalam buku autobiografi beliau, al-Munqiz min al-Dalal (Deliverance from Error). Kata-kata itu menggambarkan keadaan dirinya semasa menempuh satu peringkat atau fasa yang bergolak. Sudah pasti bukan pergolakan biasa kerana beliau yang berada pada kemuncak kariernya (sebagai profesor di Universiti al-Nizamiyyah), dikenal pula sebagai seorang yang mahir dan unggul dalam berhujah, ironinya, menggambarkan dirinya tewas dan tiada harapan. Peringkat ini beliau alami sebelum menulis Ihya’ ‘Ulum al-Din (The Revival of the Religious Sciences) dan karya-karya lain berkenaan penyucian jiwa.
   
Peter Murphy - I Am My Own Name
   

Friday, April 18, 2014

Dr. Danial: Teori Big Bang


Memandangkan kawan aku ada buku Quran Saintifik edisi kemas kini yang diterbitkan pada awal tahun ini, manakala aku pula ada edisi lama yang diterbitkan pada tahun 2007, aku fikir baik juga aku buat perbandingan untuk melihat perubahan atau penambahan pada tulisan Dr. Danial. Melalui prakata edisi kemas kini beliau menyatakan,
Hampir 50% daripada isinya dikemaskinikan. Terdapat beberapa tajuk baharu yang saya tambah, antaranya Metodologi Pentafsiran Al-Quran dan Bolehkah Diterima Penemuan Oleh Saintis Kafir.. 
Sebagai lanjutan untuk entri lepas, fokus aku di sini adalah kepada tulisan beliau mengenai teori Big Bang dan aku lihat ada penambahan dibuat di akhir tulisan beliau mengenai teori tersebut pada m/s 44. Aku melihat penambahan itu sebagai reaksi terhadap kritikan oleh Prof. Shaharir. Kata Dr. Danial, 
Kita tidak perlu beriman dengan teori Big Bang, apatah lagi terdapat beberapa aspek tentang teori ini yang masih didebatkan. Namun para saintis rata-ratanya bersetuju tentang hakikat permulaan alam yang diutarakan oleh teori ini, iaitu, langit dan bumi pada asalnya bercantum padu.
Profesor Dr. Zaghloul Ragheb Mohamed An-Najjar, seorang pakar dalam bidang geologi (Ph.D. Geology, University of Wales, UK, 1963) merupakan Pengerusi Jawatankuasa Mukjizat Saintifik dalam Al-Quran dan Sunnah di bawah naungan Majlis Tertinggi Agama Islam Mesir. Beliau merumuskan hal ini dengan berkata (di http://www.elnaggarzr.com/en/index.php), "Sama ada kita hendak menerima model Big Bang atau versi-versi yang diubah-suai, ia tidak menjadi masalah. Hal ini disebabkan ia tidak mengubah perkara pokok tentangnya, iaitu, pada asalnya langit dan bumi bercantum padu. Hal ini mengagumkan kerana ketika itu (pada zaman Nabi) tidak ada seorang pun yang tahu tentang hakikat ini." 
Untuk pengetahuan, al-Quran telah menyatakan asal usul kejadian langit dan bumi pada asalnya bercantum padu sebelum dipisahkan antara kedua-duanya (al-Anbiya' 21: 30). Penerangan lanjut boleh juga lihat Al-Quran Menjawab Bersama Dr. Danial.

In the Beginning by Genesis on Grooveshark
P.S: "It has begun, you're in the hands of destiny.."
  

Wednesday, September 25, 2013

Iblis: Antara Tauhid dan Takabbur

Penulisan entry ini adalah berdasarkan komen balas aku di Facebook berkenaan seorang penceramah yang bercakap tentang punca Iblis tidak mahu sujud kepada Adam. Beliau terkenal dengan dakwaan sebagai pemilik dan penyunting kitab Ilmu Makrifat (Mengenal Allah) dan Mengenal Diri oleh Mohd Yusof Che Wook. Apa yang beliau sampaikan ini tidaklah asing kerana perbualan sebegini pernah aku dengar di kedai kopi.

PERHATIAN: APA YANG BELIAU SAMPAIKAN ADALAH BATHIL!

Punca Iblis tidak mahu sujud kepada Adam a.s [BATHIL]

Sejujurnya pedih untuk saya katakan, yang benarnya penceramah tersebut terlebih dahulu tafsir dengan melulu. Lihatlah kekeliruan beliau di dalam kuliahnya ketika menyatakan punca Iblis yang tidak mahu sujud kepada Adam (lihat sinihttps://www.facebook.com/photo.php...) adalah kerana Iblis tidak mahu sembah selain Allah (beliau telah salah memakai sujud dengan makna sembah), atau dalam erti kata yang lain Iblis tidak mahu syirik kepada Allah dan ia demi menjaga kemurnian tauhidnya. Kemudian lihat pula perbandingan yang dibuat melalui video ini - http://youtu.be/pgbnyiRGENY.


Perbandingan antara Ahli Sunnah dan Syiah

Kita boleh lihat tafsiran yang dinyatakan oleh beliau itu serupa dengan salah satu tafsiran golongan bathil Syiah (di akhir video perbandingan) dan ianya jelas sekali berbeza dengan mereka yang sepakat berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah di mana punca sebenar Iblis tidak mahu sujud kepada Adam adalah kerana takabbur yakni sombong (rujuk surah al-Baqarah 2:34, al-A'raf 7:11-13, Saad 38:73-74). Malah, Iblis kemudiannya dihukum kafir seperti yang dinyatakan di dalam surah al-Baqarah. Namun, penceramah menyifatkan tindakan Iblis itu sebagai cerdik (lihat minit 2:18) dan bagi menyokong tafsiran beliau itu, beliau mengatakan bahawa Iblis berasal daripada malaikat (lihat minit 4:01), sedangkan Iblis berasal daripada golongan jin (rujuk surah al-Kahfi 18:50).

Pada pandangan saya, kekeliruan seperti ini terjadi tidak lain dan tidak bukan kerana dipengaruhi oleh falsafah yang zahirnya mengujakan, menjadi lebih parah apabila kita menganggapnya sebagai satu kebenaran, padahal hakikatnya penuh kebathilan. Ya, ilmu Allah sememangnya luas dan tak terjangkau oleh akal fikiran, maka cukuplah kita menilainya dengan kembali kepada apa yang disampaikan-Nya melalui kitab-Nya (al-Quran) dan melalui Rasul-Nya (as-Sunnah) dan melalui kefahaman generasi terbaik sebagaimana yang diisyaratkan Nabi saw di dalam sebuah hadis sahih riwayat al-Bukhari, iaitu merujuk kepada generasi para Sahabat, Tabi'in dan Tabi'ut Tabi'in.

Komen Dr. Abdullah Yasin

Bukankah saudara XXXXXXX XXX apabila ditanya, "Macam mana sekarang ini nak tahu sama ada guru itu sesat atau tidak sesat?" saudara telah menjawab, "Berpandukan al-Quran dan as-Sunnah"? Maka sahabat sekalian, sama ada kita sudah mengenal diri atau belum, hakikatnya kita sudah pun tahu yang mana haq dan yang mana bathil.

وَلَقَدْ خَلَقْنَٰكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَٰكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَٰٓئِكَةِ ٱسْجُدُوا۟ لِءَادَمَ فَسَجَدُوٓا۟ إِلَّآ إِبْلِيسَ لَمْ يَكُن مِّنَ ٱلسَّٰجِدِينَ﴿١١﴾(11) Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ ۖ قَالَ أَنَا۠ خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِى مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُۥ مِن طِينٍ ﴿١٢﴾(12) Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."قَالَ فَٱهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَٱخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ ٱلصَّٰغِرِينَ ﴿١٣﴾(13) Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".
  Surah al-A'raf 7:11-13


وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَٰٓئِكَةِ ٱسْجُدُوا۟ لِءَادَمَ فَسَجَدُوٓا۟ إِلَّآ إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ ٱلْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِۦٓ ۗ أَفَتَتَّخِذُونَهُۥ وَذُرِّيَّتَهُۥٓ أَوْلِيَآءَ مِن دُونِى وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّۢ ۚ بِئْسَ لِلظَّٰلِمِينَ بَدَلًا ﴿٥٠﴾(50) Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.
Surah al-Kahfi 18:50

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ، وَعَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ، قَالَ عَبْدٌ أَخْبَرَنَا وَقَالَ ابْنُ رَافِعٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ خُلِقَتِ الْمَلاَئِكَةُ مِنْ نُورٍ وَخُلِقَ الْجَانُّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ وَخُلِقَ آدَمُ مِمَّا وُصِفَ لَكُمْ ‏"‏
'A'isha reported that Allah's Messenger (may peace be upon him) said: The Angels were born out of light and the Jinns were born out of the spark of fire and Adam was born as he has been defined (in the Qur'an) for you (i. e. he is fashioned out of clay). 
Sahih Muslim Book: 56, Hadith: 7687

____________________
Menurut Ustaz Rosli, kitab Ilmu Makrifat (Mengenal Allah) dan Mengenal Diri oleh Mohd Yusof Che Wook telah disenaraikan membawa ajaran sesat oleh pihak JAKIM. Maklumat ini beliau perolehi daripada pembentangan Penyelidik JAKIM dalam Seminar Isu Semasa dan Cabaran Aqidah bertarikh 21 September 2013 di UTM, Kuala Lumpur.

Boleh juga membaca nukilan saudara Yusof Mohamad bertajuk, Malaikat menyembah Adam alaihisalam? Di sana beliau membahaskan dengan lebih lanjut persoalan seperti adakah kita boleh melakukan sujud penghormatan terhadap ulama? Jika tidak boleh, bagaimana pula sujud Nabi Ya'kub dan anak-anaknya kepada Nabi Yusuf? 
  

Thursday, August 1, 2013

Detik Terakhir Rasulullah ﷺ Yang Sahih & Larangan Berdusta Atas Nama Baginda

Penulisan entry ini adalah berdasarkan komen yang telah aku kumpulkan dalam menerangkan kepalsuan dan pendustaan video mengenai saat-saat kewafatan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam yang disebarkan di Facebook. Kisah melalui video ini sangat masyhur dan telah disebarkan sekian lama. 

Pasti kita biasa dengar kisah yang menyebut bahawa lafaz terakhir baginda adalah ummati (umatku). Ianya juga masyhur mengenai Malaikat Maut yang datang meminta izin memasuki rumah yang mana ketika itu Fatimah radhiyallahu 'anha ada bersama. Kisah ini telah menyentuh hati ramai di kalangan kita.

PERHATIAN: KISAH INI TIDAK SAHIH, PALSU!

Saat-saat Kewafatan Rasulullah S.A.W. [PALSU]

Kisah ini jika diterima adalah satu pendustaan kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, malah secara tak langsung akan mengetepikan banyak riwayat lain yang sahih di dalam kitab-kitab hadis khususnya Sahih al-Bukhari, rujukan terpenting umat Islam selepas al-Quran. Yang benarnya, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam wafat di sisi insan yang paling baginda cintai, Aisyah radhiyallahu 'anha atau lebih tepat lagi di dalam pelukan Aisyah radhiyallahu 'anha, bertempat di rumah isterinya itu. Sedangkan hal ini bahkan nama Aisyah radhiyallahu 'anha langsung tak disebut melalui kisah di atas!

Buktinya telah jelas di dalam hadis yang sahih dan di situ jugalah makam Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berada hingga kini. Dengan menerima kisah palsu di atas, kita secara tak langsung juga mengetepikan peranan Aisyah radhiyallahu 'anha yang berada di sisi Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam demi menjaga baginda di akhir hayatnya. Nah, inilah yang golongan Syiah Rafidhah mahukan! Semoga Allah memelihara kita dari syubhah dan fitnah mereka yang bencikan Ummul Mukminin Aisyah radhiyallahu 'anha.

ULAMA HADIS ZAMAN BERZAMAN MENOLAK KISAH INI, IANYA TERBUKTI PALSU!

Isnaad of the hadeeth about the Angel of Death asking the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) for permission to take his soul

Praise be to Allaah.

There are many ahaadeeth about the death of the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him). Many such reports have been narrated, but the saheeh ones are mixed with the false ones, and many people are careless about quoting reports which have no basis or which have been narrated via unsound isnaads. The one who is seeking sound reports on this subject should refer to the saheeh ahaadeeth, which are sufficient and in which he will information about the incidents surrounding the death of the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him), and in which there are important lessons to be learned. 

Al-Haafiz Ibn Katheer (may Allaah have mercy on him) said in al-Bidaayah wa’l-Nihaayah (5/256): 

Al-Waaqidi and others narrated many reports concerning the death (of the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him)) in which there are many strange things. We have refrained from mentioning many of them because of their weak isnaads and dubious content, especially those narrated by many storytellers, later writers and others. Many of them are undoubtedly fabricated. In the saheeh and hasan ahaadeeth which are narrated in the well known books there is sufficient information and we have no need of lies and reports whose isnaads are unknown. And Allaah knows best. End quote. 

After researching the reports about the death of the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him), we could not find the hadeeth mentioned by the questioner in this version, but there are ahaadeeth about the Angel of Death asking the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) for permission, in wording similar to that mentioned by the questioner. But these are weak (da’eef) ahaadeeth which the scholars judged to be false and fabricated. For example: 

There is a hadeeth narrated by ‘Ali ibn al-Husayn from his father, telling a long story in which the Angel of Death asks for permission to enter upon the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) and speaks with him. 

This story was narrated by al-Tabaraani in al-Mu’jam al-Kabeer (3/129) and in Kitaab al-Du’aa’ (1/367). 

Al-Haythami said in Majma’ al-Zawaa’id (9/35): Its isnaad includes ‘Abd-Allaah ibn Maymoon al-Qaddaah, whose reports are worthless. 

He was also judged as such by al-Haafiz al-‘Iraaqi in Takhreej al-Ihya’ (4/560); al-Haafiz ibn Hajar in Ajwabah Ba’d Talaameedhatihi (1/87) and Ibn Katheer in al-Bidaayah wa’l-Nihaayah (5/290). Al-Albaani said in al-Silsilah al-Da’eefah (5384): it is mawdoo’ (fabricated). 

There is another hadeeth which was narrated by Ibn ‘Abbaas (may Allaah be pleased with him), in which it mentions the Angel of death seeking permission to enter upon the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) during his final illness. This was narrated by al-Tabaraani in al-Mu’jam al-Kabeer (12/141). 

Al-Haythami said in Majma’ al_Zawaa’id (9/36): its isnaad includes al-Mukhtaar ibn Naafi’, who is da’eef (weak). 

Al-‘Iraaqi said in Takhreej al-Ihya’ (4/560): It isnaad includes al-Mukhtaari ibn Naafi’, whose hadeeth is rejected. 

With regard to the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) being given the choice between death and staying in this world, and his saying, “Rather the Higher Companion,” this is proven in al-Saheehayn in the hadeeth of ‘Aa’ishah (may Allaah be pleased with her), which is quoted in the answer to question no. 45841, q.v. 

Shaykh Ibn ‘Uthaymeen (may Allaah have mercy on him) was asked about the story of the death of the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him): it is mentioned in some books of history that the Angel of Death came to the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) in the form of a Bedouin and asked for permission to enter upon him. How true is this? 

He (may Allaah have mercy on him) replied: 

This is not correct. The Angel of Death did not come to him or ask permission to enter upon him, rather the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) delivered a speech at the end of his life in which he said: “Allaah has given a slave the choice between immortality in this world for as long as Allaah wills, or meeting his Lord, and he has chosen to meet his Lord.” This is what he said at the end of his life. Abu Bakr wept, and the people were surprised that Abu Bakr wept at these words. The Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) was the one who was given the choice, and Abu Bakr knew the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) better than any of the people. This is what has been narrated. As for the idea that the Angel of Death came to him and asked him for permission, this is not correct. End quote from Liqa’ al-Baab il-Maftooh (2/340) 

Anyone who wants to read more saheeh ahaadeeth about the story of the death of the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) may refer to the book al-Bidaayah wa’l-Nihaayah by Ibn Katheer (5/248), the chapter of the last days and death of the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him); and Saheeh al-Seerah al-Nabawiyyah by Ibraheem al-‘Ali, chapter 6: The illness and death of the Messenger (peace and blessings of Allaah be upon him). 

And Allaah knows best.

http://islamqa.info/en/ref/71400 - English translation

DETIK TERAKHIR RASULULLAH SALALLAHU 'ALAIHI WASALLAM YANG SAHIH

Syaikh al-'Utsaimin - Perkataan Terakhir Rasulullah

Dari Aisyah radhiyallahu 'anha, dia berkata,

"Aku telah mendengar bahwasanya seorang nabi tidak akan meninggal dunia sehingga dia diberi (satu di antara) dua pilihan antara dunia dan akhirat. Kemudian aku mendengar Nabi sallallahu 'alaihi wasallam pada saat sakit yang mengantarkan kepada kematian beliau, sementara suara beliau sangat parah, beliau membaca Firman Allah ta'ala, 'Bersama-sama dengan dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang shalih. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya'."(An-Nisa': 69). Aisyah berkata, "Maka pada saat itu aku mengira beliau sedang diberi pilihan."[1]  

Dalam sebuah riwayat darinya (Aisyah) radhiyallahu 'anha, dia berkata,

"Pada saat Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berada dalam kondisi sehat, beliau bersabda, 'Sesungguhnya tidak seorang nabi pun dicabut nyawanya sampai dia melihat tempat duduknya di surga, kemudian dia akan diberi pilihan.' Pada saat menjelang wafatnya sedangkan posisi kepala beliau berada di atas pangkuanku, beliau pingsan beberapa saat, kemudian sadar seraya mengarahkan pandangan beliau ke langit-langit rumah lalu bersabda, 'Ya Allah, di Rafiq al-A'la.'[2] Kemudian aku berkata, 'Kalau begitu, beliau tidak memilih (hidup) bersama kita.' Dan aku mengetahui bahwasanya itu adalah hadits yang pernah beliau sampaikan semasa sehat beliau. Dan perkataan terakhir yang diucapkan oleh Rasulullah adalah, 'Ya Allah, bersama-sama teman di tempat yang paling tinggi'."[3] 

Aisyah  radhiyallahu 'anha berkata,

"Aku mendengar Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda pada saat beliau menyandarkan punggungnya kepadaku, ' Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, dan pertemukanlah diriku dengan ar-Rafiq al-A'la'."[4]

Dari Aisyah radhiyallahu 'anha, dia berkata,

"Sesungguhnya di antara nikmat Allah yang diberikan kepadaku adalah bahwasanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam meninggal di rumahku, pada hari giliranku, di antara dada dan leherku (dekapanku). Dan Allah mengumpulkan antara air liurku dengan air liurnya pada saat kematiannya. Abdurrahman [bin Abu Bakar] masuk ke dalam rumahku dan di tangannya terdapat siwak, sementara aku menyandarkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam [ke dadaku][5]. Kemudian aku melihat beliau memandang ke arahnya dan aku mengetahui bahwasanya beliau menyukai siwak, maka aku katakan kepadanya, 'Apakah engkau ingin aku mengambilkannya untukmu?' Maka beliau berisyarat dengan kepalanya yang berarti setuju. Kemudian aku (mengambil) dan menggosokkannya (pada mulut) beliau, lalu beliau kesulitan dengannya, karena keras. Aku berkata kepadanya, 'Apakah engkau ingin aku melunakkannya untukmu?' Maka beliau berisyarat dengan kepalanya yang berarti setuju. Kemudian aku pun melunakkannya, [dalam sebuah riwayat (disebutkan), kemudian aku pun memotongnya dengan ujung-ujung gigiku dan mengunyahnya].[6] [Dalam riwayat yang lain (disebutkan), kemudian aku pun memotongnya dengan ujung-ujung gigiku, mengunyah dan memperbagusnya, lalu aku serahkan kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam. Setelah itu beliau bersiwak dengannya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersiwak dengan cara yang lebih indah dari itu].[7] Di hadapan beliau ada bejana atau ember yang berisi air, kemudian Rasulullah memasukkan kedua tangannya di air tersebut, seraya bersabda, 'Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah, sesungguhnya kematian itu mempunyai sekarat (keadaan sakit dan penderitaan menjelang kematian).' Kemudian beliau mengangkat tangannya seraya berkata, '(Pertemukanlah aku) dengan ar-Rafiq al-A'la.' Sampai akhirnya beliau meninggal dunia dan tangan beliau sallallahu 'alaihi wasallam terkulai."[8]
______________________________
[1] Diriwayatkan oleh al-Bukhari, no. 4436, 4437, 4463, 4586, 6348, 6509; dan Muslim, no. 2444.
[2] Yang shahih menurut jumhur ulama bahwa makna ar-Rafiq al-A'la adalah para nabi yang tinggal di surga tertinggi. Lihat Syarh Shahih Muslim, karya an-Nawawi (Ed).
[3] Diriwayatkan oleh al-Bukhari, no. 4437, dan 4463; dan no. 2444.
[4] Diriwayatkan oleh al-Bukhari, no. 4440 dan 5664.
[5] Al-Bukhari, no. 4438
[6] Al-Bukhari, no. 980
[7] Al-Bukhari, no. 4438
[8] Diriwayatkan oleh al-Bukhari, 2/377, no. 890, dan dia juga meriwayatkan di 9 tempat dalam kitabnya. Lihat 2/377; dan Muslim, no. 2444.

Terjemahan hadis pada bahagian ini diambil dari buku Pesan-pesan Rasulullah ﷺ Menjelang Wafat di dalam bab Rasulullah ﷺ Memilih Ar-Rafiq Al-A'la oleh Syaikh Dr. Sa’id B. ‘Ali B. Wahf Al-Qahthani (Edisi Indonesia) terbitan Darul Haq.

PESAN-PESAN RASULULLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM MENJELANG WAFAT

Telah saya nyatakan detik terakhir Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam yang sahih pada komen sebelumnya, untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai riwayat-riwayat lain menjelang wafatnya Rasulullah, saya mencadangkan buku ini,

Pesan-pesan Rasulullah  Menjelang Wafat 
Syaikh Dr. Sa’id B. ‘Ali B. Wahf Al-Qahthani
Boleh dapatkan di Atsar Enterprise 

Buku ini sangat sesuai sebagai rujukan kita yang mencintai insan mulia Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam di mana sumbernya menepati al-Quran dan hadis yang dinilai sahih. Semoga hidup kita lebih diberkati, insya-Allah.

LARANGAN BERDUSTA ATAS NAMA  RASULULLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM


20 hadis palsu popular riwayat Facebook

"Sampaikan dariku walaupun satu ayat, dan ceritakanlah dari kisah-kisah Bani Isra'il dan itu tidak mengapa (iaitu tidak berdosa walaupun ia tidak sahih dengan syarat memberitahu ia kisah Bani Isra'il dan bukan hadis). Dan siapa yang berdusta atasku dengan sengaja maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka." (Sahih Bukhari)

Kata Ibn Hajar al-Asqalani: Apa yang dinyatakan merangkumi setiap pendusta ke atas Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan semua jenis pendustaan ke atas baginda.

Kata Ibn Hibban: Sesiapa yang menyebut sesuatu hadis tanpa mengetahui adakah hadis tersebut sahih atau tidak maka dia adalah berdosa dan layak memasuki neraka.

Kata Ibn al-Salah: Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ia hadis palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan dengan disertai dengan menerangkan kepalsuannya.

Kata al-Thohawi: Sesiapa yang menyampaikan hadis daripada Rasulullah berdasarkan sangkaan, bererti dia menyampaikan hadis daripada baginda secara tidak benar. Sesiapa yang menyampaikan hadis daripada baginda secara tidak benar bererti dia menyampaikan hadis daripada baginda secara batil. Sesiapa yang menyampaikan hadis daripada baginda secara batil maka dia berdusta ke atas baginda sebagaimana seorang pendusta hadis.

Kata Syeikh Abd. Fattah Abu Ghuddah: Hadis-hadis palsu telah memberi kemudharatan dalam pelbagai aspek seperti aqidah, akhlak, pemikiran, sosial dan ia telah mencemarkan kesucian Islam dan kebersihannya.