Showing posts with label Space Gambus Experiment. Show all posts
Showing posts with label Space Gambus Experiment. Show all posts

Wednesday, June 23, 2010

7 Recent Videos in My Favorites List

All my favorite videos can be viewed at kamerarosak's channel.

Aku kebiasaannya akan tekan butang "favorite" pada video yang aku tengok kat youtube bila aku rasa video tu aku akan ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan...

1. Deftones - Diamond Eyes [Live]


Album Deftones, Diamond Eyes (2010) memang membuatkan aku teruja. Lagu ni 1st time dirakam secara pro-shoot kalau tak silaplah dan aku sekali lagi sangat teruja!

P.S: Cepat gila Chino (vokalis) kurus.



2. Alice in Chains - Got Me Wrong [Live]

"Got Me Wrong" lagu lama Alice in Chains dan lagu favorite aku. Video diambil oleh salah sorang penonton semasa tour Black Gives Way to Blue. Sepatutnya lagu dimulakan dengan suara berhantu Layne tetapi diambil alih oleh Jerry. Jerry menyanyi dengan begitu menghiburkan dan William juga menggoreng gitar karannya dgn begitu baik. PADU!


3. Space Gambus Experiment feat. A.Samad Said - Di Bawah Bintang Mengerdip

Aku ada bercerita pasal video ni kat SINI.


4. Break of Reality - Welcome Home [Live]

Lagu asal oleh Coheed & Cambria dalam album Good Apollo One (2005). Break of Reality menterjemahkan lagu ni dengan gaya mereka. Aku takjub! Sekadar bermain di tepi jalan dengan berbekalkan cello dan percussion. Depa buat jalan tu macam bapak depa punya!


5. Bentara - Master Jedi


Bentara ialah ex-guitarist Langsuyr. Dalam blog dia, Bentara ada cakap, "Semua instrumen dalam rekoding ni aku yang buat termasuklah vokal (aku tau, suara tak sedap tapi takkan nak suruh Halim BROTHERS nyanyi kot? Mahal kena bayar tu)".

Bila dia buat lagu Master Jedi, aku terus suka. Lagu ni bercerita pasal Star Wars IV, V dan VI. Aku memang layan cerita Star Wars nih tambah2 Bentara yang buat lagu. Havoc & Chaos!


6. Noxshi - Mesh Voyeurist [Music Video]

Video pertama Noxshi, sebelum ni aku memang follow dengan vokalis ni punya projek solo iaitu Yoriyos untuk album Bury My Heart At Wounded Knee (2007). Muzik Yoriyos ala folk music macam Neil Young, Bob Dylan dan Cat Stevens tapi untuk Noxshi dia bermain sebagai sebuah band yang lengkap.

Muzik Noxshi boleh dikategorikan sebagai progressive rock atau psychedelic rock ala Jimi Hendrix, Pink Floyd dan The Doors. Sememangnya mendapat perhatian aku untuk masa yang akan datang biarpun setahun jagung.


7. Soundgarden - Beyond the Wheel [Live]

Reunion selepas 13 tahun, ini adalah hadiah paling istimewa aku dapat untuk tahun 2010. Soundgarden menggunakan nama Nudedragons untuk secret reunion concert nih. Untuk itu, rakaman ini menjadi sesuatu yang tercatat dalam sejarah muzik dan akan dikenang sampai bila-bila buat peminatnya.

Tuesday, June 1, 2010

Mari Menghayati Puisi & Lagu

Kali ini saya ingin membawa pembaca semua menghayati puisi Melayu daripada A.Samad Said dengan muzik oleh Space Gambus Experiment (SGE). Anda kenal A.Samad Said? Jika tidak, sila keluar dari bumi Malaysia ini..

Sedikit pengenalan, A.Samad Said ialah mantan Sasterawan Negara 1986. Jangan keliru dengan Dol Said, dia tu ialah pahlawan Naning (Perang Naning 1831). SGE pula terhasil daripada gabungan pemuzik Kamal Sabran (Elektro + Akustik) dan Zulkifli Ramli (Gambus/Oud).

Terima kasih kepada SGE kerana dengan adanya mereka, puisi Melayu sebegini tidak hilang di dunia. Puisi yang ditulis pada tahun 1960 ini kembali segar pada tahun 2010. Di bawah ini saya letakkan videonya. Sangat sesuai dilayan pada waktu malam tatkala bintang mengerdip.


"Di Bawah Bintang Mengerdip" oleh A.Samad Said
Muzik ditulis and dibawakan oleh Space Gambus Experiment


Di Bawah Bintang Mengerdip

I
(Surat daripada pelayan)

Di bawah bintang mengerdip aku ingin bersunyi
tiada buku tiada lagu tiada rindu
tapi siapa dapat percaya bulan turut berduka
ketika dunia sedang asyik berpesta ria.

Di bawah bintang mengerdip aku ingin bersayu
tiada ayahanda tiada bonda tiada kanda
tapi siapa sanggup percaya malam turut berhiba
ketika kekasih erat bersenda di Damansara.

Angin liar disini bunga kenanga keguguran
mengusik hati ini bukan kepalang lagi
kerana itu dibawah bintang mengerdip aku berlara
tiada tasik tiada kenangan tiada siapa.

Adam, jika benarlah belasmu ada
di pusaraku nanti taburilah bunga!

II
(surat kepada pelayan)

Ketika senja memerah surat gementarmu tiba
ku baca dengan degupan jantung bertambah
mengapa di bawah bintang mengerdip anda luka
tentang pusara dan bunga anda khabarkan pula?

Buku lagu dan rindu-ayahanda bonda dan kanda
di teluk mesra terkembang sudah layar sejarahnya
tapi aku terus berkelana entah kemana terdamparnya
tiadakan berdaya melihatmu lara di malam indah.

Ribut besar disini pohon kenanga bertumbangan
menyentak dada ini gementar sampai ke nadi
tapi tiada yang dapat diterka siapa yang dahulu ke muara
kerana sama akan kita tinggalkan pulau-singgah.

Hawa, jika benarlah anda berduka
separuh laramu kurasakan sudah!

Kuala Lumpur
29 Mac 1960

Catatan:
Inti puisi ini dipetik daripada pengalamanku bergaul dengan beberapa orang penari yang antaranya jujur bercerita tentang nasib malang mereka. Aku tersentuh.

*Diambil daripada buku di bawah.





















peh...style posing pakcik!


Akhir kata, puisi adalah satu cabang kesenian manusia, dan kesenian adalah apa yang membezakan manusia dengan haiwan.