Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Monday, January 23, 2017

The Door (2009)


Filem drama sci-fi mengenai seorang lelaki yang terjumpa satu pintu atau portal masa dan mendapat peluang kedua untuk menyelamatkan nyawa anaknya yang mati lemas lima tahun lepas. Menarik tentang filem ini pertama kerana menggunakan bahasa Jerman. Aku tak ingat filem Jerman apa yang pernah aku tonton. Jadi, menonton filem ini sedikit sebanyak memberi kelainan. Pelakon utamanya, Mads Mikkelsen (Casino Royale, Valhalla Rising, Hannibal series) berasal dari Denmark. Biarpun ketika sesi rakaman beliau bertutur bahasa Jerman, suaranya dalam filem ini digantikan dengan pelakon lain memandangkan bahasa Jerman atau Deutsch jelas bukan bahasa ibundanya.

Kedua, bagi sebuah filem drama, plotnya digarap dengan kemas. Bermula dengan membawa penonton menghayati watak Mikkelsen, seorang lelaki yang berlaku curang, menjadi penyebab anak perempuannya mati dan kemudian murung kerana ditinggalkan isteri. Ketika mendapat peluang kedua, timbul pula beberapa konflik yang tidak dijangka disulami dengan unsur saspens, misteri dan psychological thriller sekaligus membuatkan kita mengikuti perjalanan cerita ini. Filem ini bebas daripada paradoks kembara masa atau dalam erti kata yang lain, dunia lima tahun lepas itu lebih kepada parallel world. Secara keseluruhan, The Door atau Die Tür dalam bahasa Jerman merupakan sebuah filem yang lebih daripada biasa (above average) dan berbaloi untuk ditonton.

Die Tür - Trailer

P/S: Bila ditanya muzik kegemarannya, Mikkelsen kata dia layan lagu Pink Floyd, The Doors, Otis Redding dan muzik klasikal. Boleh tengok SINI temubual menarik seorang budak.
  

Saturday, January 7, 2017

Hashshāshīn: Kumpulan Pembunuh Aliran Syiah Ismaili


Hashshāshīn (حَشَّاشِين) merupakan sebuah kumpulan pembunuh bermotifkan politik yang diasaskan oleh Hassan al-Sabbah, seorang penganut Syiah Ismaili atau lebih tepat Nizari Ismaili. Pengasasnya hidup sezaman dengan Imam al-Ghazali. Dalam buku al-Munqiz min al-Dalal (Deliverance from Error), Imam al-Ghazali menyenaraikan empat kelas penuntut iaitu golongan yang menjadi kajian beliau dalam mencari kebenaran. Salah satunya ialah golongan Batiniyyah yang merujuk kepada Syiah Ismaili. Perdana Menteri Kesultanan Seljuk, Nizam al-Mulk pernah mengeluarkan arahan kepada Imam al-Ghazali selaku profesor di Universiti al-Nizamiyyah untuk membongkar kesesatan golongan kebatinan ini. Apa yang kita tahu, Nizam al-Mulk sendiri mati dibunuh (assassinated) oleh mereka!

P/S: Belum tengok filem Assassin's Creed. Game dia pun tak pernah main tapi biasa tengok kawan main kat rumah sewa dulu dan kagum dengan grafik dia yang lawa.
  

Tuesday, December 27, 2016

And the Waltz Goes On

A waltz composed by Sir Anthony Hopkins, one of the greatest living actors. Well known for his portrayal of Hannibal Lecter in The Silence of the Lambs. He composed the waltz in 1964. Performed for the first time in 2011 for such a large crowd by André Rieu and his Johann Strauss Orchestra.


And the Waltz Goes On

P/S: Ada sesapa tengok Westworld? Anthony Hopkins berlakon sebagai pengasas Westworld iaitu sebuah taman hiburan serba canggih bertemakan pekan koboi yang dihuni oleh robot/android. Aku baru tengok separuh musim pertama. Boleh tahan thrill.
  
 Westworld Trailer

Monday, January 4, 2016

Back to the Future Time Machine Hover Mode (2016 Hot Wheels Screen Time Series)


Aku tertarik untuk membeli kereta Hot Wheels ini selepas melihat salah satu modelnya ialah kereta DeLorean terbang (hover mode) yang muncul dalam filem Back to the Future Part II (1989). Ada dua siri yang berbeza ketika itu, HW City - Space Team dan HW Screen Time. Aku ambil HW Screen Time kerana keadaannya yang sangat baik memandangkan ia merupakan siri terbaru untuk tahun 2016. Manakala HW City - Space Team pula ialah siri tahun lepas dan cerminnya berlainan daripada versi asal kerana menggunakan warna biru. Kereta dengan skala 1/64 ini tidaklah begitu terperinci. Misalnya tangki kitar semula Mr. Fusion yang menjana mesin masa ini sepatutnya berwarna putih. Perincian ini bagaimanapun ada pada model untuk siri Hot Wheels Entertainment yang harganya lebih mahal. Harga untuk model siri ini hanya RM 8 sahaja dan telah dihasilkan di Malaysia.

Doc: Where we’re going, we don’t need roads.


Biff: A flying DeLorean?


Trivia: Masihkah anda ingat dunia masa depan dengan kereta terbang, hoverboard, dan lain-lain alat berteknologi tinggi yang menjadi destinasi Dr. Emmett Brown, Marty McFly dan bakal isterinya itu? Tarikhnya adalah pada 21 Oktober 2015.
  

Thursday, August 9, 2012

The Joy of Life..

Lebih kurang bulan lepas aku ada letak gambar Christopher McCandless sebagai cover photo (facebook). Disebabkan ada beberapa orang komen dan di antara mereka pula ada yang tahu kisah Christopher McCandless, jadi aku ingat mahu kongsi antara dialog filem Into the Wild (2007) yang aku suka.

Ron Franz: Alaska!? Son, what the hell are you running from?
Christopher McCandless: [climbing a hill] You know, I can ask you the same question! Except I already know the answer!
Ron Franz: You do, do you? 
Christopher McCandless: I do, Mr. Franz! You got to get back out in the world! Get out of that lonely house, that little workshop of yours. Get back out on the road! Really! You're going to live a long time Ron! You should make a radical change in your lifestyle! I mean, the core of man's spirit comes from new experiences. And there you are, stubborn old man, sitting on your butt! 
Ron Franz: Sitting on my butt?
Christopher McCandless: Yeah. 
Ron Franz: Ha! I'll show you sitting on my butt! 
[gets up and follows Chris up the hill]
Ron Franz: I'm gonna miss you when you go.
Christopher McCandless: I'll miss you, too, Ron. But you're wrong if you think that the joy of life comes principally from human relationships. God's placed it all around us. It's in everything. It's in anything we can experience. People just need to change the way they look at those things.
Ron Franz: Yeah, I'm gonna take stock of that. No, I am. I am. But I wanted to tell you something. From the bits and pieces I put together, you know, from what you told me about your family, your mother and your dad. And I know you've got your problems with the church too. But there's some kind of bigger thing we can all appreciate, and it sounds like you don't mind calling it God. But when you forgive, you love. And when you love, God's light shines on you.
[the sunlight begins to shine over them]
Christopher McCandless: [laughs] Holy shit!
Ron Franz: I told you about that language.

Sunday, October 23, 2011

Filem: Stand By Me (1986)

Stephen King antara sebab aku tengok cerita ni. Walaupun sebelum ni kawan aku ada cakap cerita dia best, tapi aku tak tengok sebab aku ingat cerita dia untuk kanak-kanak.

Based on the novella The Body by Stephen King.

Secara ringkasnya, Vern terdengar abang dia bercakap pasal mayat seorang budak yang dijumpai mereka masa nak buang kereta curi. Budak tu sememangnya dicari oleh pihak berkuasa setelah dilaporkan hilang. Jadi, Vern pun cerita kat kawan dia. Akhirnya depa buat keputusan untuk cari mayat budak tu dengan niat untuk jadi hero dan masuk tv.

Walaupun ni cerita lama (tahun 1986), tapi memang disyorkan kepada yang belum tengok. Cerita dia kelakar dan adakalanya mengingatkan kita kepada memori masa kecik dulu. Memang bukan cerita tipikal Stephen King, tapi ceritanya ada nilai tersendiri berkenaan dengan nilai persahabatan dan kekeluargaan.

Berbalik kepada kisah empat orang budak tadi, dalam perjalanan depa ada satu dialog yang menarik perhatian aku dan menimbulkan satu persoalan. Ianya pasal salah satu watak kartun Disney iaitu Goofy.
"Alright, alright. Mickey's a mouse, Donald's a duck, Pluto's a dog. What's Goofy?"
 

Wednesday, October 5, 2011

Muzik dan Filem: Terima kasih Cameron Crowe!

Kisahnya bermula dalam dua tahun lepas, satu acara diadakan bagi menghargai dan memperingati pengarah Hal Ashby dan filem cult-nya, Harold and Maude (1971). Acara ni dihoskan Cameron Crowe (sapa yang kaki movie mesti kenal nama nih).

Cameron Crowe and Yusuf Islam.

Yusuf Islam (atau sewaktu dia dikenali sebagai Cat Stevens) telah diberi kepercayaan oleh Hal Ashby untuk menyediakan soundtrack filem tersebut. Melalui Harold and Maude, ada yang berpendapat Cat Stevens antara salah seorang pemuzik yang berjaya mencipta soundtrack terbaik dalam sejarah perfileman.

Walaupun Harold and Maude tidak mendapat perhatian media sewaktu mula ditayangkan, tetapi wujud sekumpulan kecil die-hard fan yang dari hari ke hari semakin membesar. Pelik kan? Mungkin sebab tu Harold and Maude dikatakan satu movie yang 'cult' dan masih lagi dikenang hingga ke hari ini.

Cameron Crowe berjaya menerbitkan album soundtrack Harold and Maude walaupun Cat Stevens dan Hal Ashby tidak mahu berbuat demikian suatu ketika dahulu. Namun, album ini sangat terhad!
Berbalik kepada acara yang dihoskan Cameron Crowe tadi, Yusuf Islam dijemput untuk menyanyikan beberapa lagu. Sebanyak tiga lagu dimainkan. Satu lagu daripadanya adalah lagu yang sangat jarang dimainkan secara live dan lagu itu sebenarnya adalah atas permintaan Cameron Crowe sendiri.

Sedutan video Yusuf Islam di Hal Ashby Tribute.

Sememangnya lagu-lagu Cat Stevens meninggalkan kesan di hati para peminat Harold and Maude termasuklah Cameron Crowe. Yusuf Islam sempat menceritakan bagaimana Cameron Crowe cuba memujuknya  untuk memainkan salah satu lagu yang dia sendiri mengaku sudah lama tidak memainkannya. Sambil mengajuk gaya Cameron Crowe meminta yang katanya seperti kaki buli, akhirnya Yusuf Islam pun bersetuju untuk menyanyikan lagu yang diminta iaitu "Trouble".
There was an audible gasp from the crowd. Tears were heard all around me. The song, such an indelible part of one of the greatest collaborations between artist and film.. - Cameron Crowe
Sayang sekali, satu-satunya video yang ada di youtube hanya tayang tak sampai beberapa saat. Aku berpendapat, kemungkinan lagu tu takkan dimainkan balik secara live melainkan Cameron Crowe yang minta tapi sangkaan aku silap. Selepas dua tahun dari Hal Ashby Tribute, semalam aku terjumpa satu rakaman video di mana lagu "Trouble" dimainkan kembali secara live oleh Yusuf Islam. Jarak rakaman dia agak jauh tapi  yang best-nya, dirakam dari mula sampai habis..


"Trouble" live in Stockholm (2011).

Monday, August 22, 2011

The Shawshank Redemption: Andy Dufresne and the beauty of music..

Sesi selepas terawih di kedai kopi semalam, ada sorang member bersembang pasal rating Godfather. Katanya ada satu list tu Godfather kalah kepada satu movie, The Shawshank Redemption. Dia tanya, "Hang pernah tengok tak Shawshank Redemption?" Aku cakap, "Peh movie tu memang terbaik.."


Bagi aku, watak banduan Andy Dufresne (lakonan Tim Robbins) memang legend. Kalah Clint Eastwood dalam Escape from Alcatraz. Apa kena mengena kisah banduan dengan muzik? Andy Dufresne selain wataknya yang legend dalam cerita ni, dia juga seorang yang mempunyai semangat yang luar biasa terhadap muzik.

Aku suka pendapat Andy pasal muzik. Ini dialog dia..

Floyd: Was it worth two weeks in the hole?

Andy: Easiest time I ever did.

Heywood: Bullshit. No such thing as easy time in the hole. A week seems like a year.

Andy: I had Mr. Mozart to keep me company. It was in here (points and taps his head) and in here (gestures over his heart). That's the beauty of music. They can't get that from you. Haven't you ever felt that way about music?

Red: I played a mean harmonica as a younger man. Lost interest in it though. Didn't make much sense in here.

Andy: Here's where it makes the most sense. You need it so you don't forget.

Red: Forget?

Andy: Forget that there are places in this world that aren't made out of stone. That there's something inside that they can't get to, that they can't touch. That's yours.

Red: What're you talking about?

Andy: Hope..

Thursday, October 14, 2010

Kenalkan, Syd Barrett yang gila..



Baru-baru ni ada sorang blogger, Moloko, katanya album Pink Floyd iaitu The Wall, antara album paling luar biasa manusia pernah hasilkan. Yup! Aku setuju.

The Wall sememangnya disenaraikan antara album terhebat dalam sejarah muzik. Dengan permainan gitarnya, penulisan lagu yang lari dari format 'radio friendly' dan albumnya yang mempunyai tema serta jalan cerita, ia menjadikan The Wall satu album yang akan dirujuk dan dikenang, setidak-tidaknya untuk penggemar muzik seperti aku.

 The Wall versi filem lakonan Bob Geldof

Suatu ketika dulu memang aku selalu dengar album ni. Pernah juga aku ditegur oleh bapak aku, dia berpesan dalam nada yang aku tak pasti samada melawak atau serius, "Jangan dengar sangatlah album tu.." Mungkinkah falsafah The Wall terlalu tinggi untuk pemikiran manusia biasa? Katanya, Pink Floyd memang suka berfalsafah.

Dari situ baru aku tahu yang bapak aku pun peminat Pink Floyd dan melalui ceritanya, animasi dalam filem The Wall adalah yang terbaik pada zamannya. Dia juga ada cerita yang sorang ahli Pink Floyd mengalami sakit mental dan terpaksa ditendang keluar. Whoa? Meh sini aku kenalkan ex-frontman Pink Floyd, Syd Barrett yang gila..

Syd Barrett (tengah)

Karya Syd Barrett mungkin kurang dikenali. Dia hanya sempat buat satu album dengan Pink Floyd dan dua studio album secara solo. Namun, impak karya dia yang jujur menjadi inpirasi kepada pemuzik lain antaranya David Bowie, Paul McCartney, Jimmy Page, Graham Coxon dan juga pemuzik tempatan kita, Mohd Jayzuan.

Karya Pink Floyd yang seterusnya pun sememangnya diinspirasikan daripada Syd Barrett samada ideanya tentang irama psychedelic atau tema mental illness yang dihadapinya. Tema ini jelas dalam album The Dark Side of the Moon, Wish You Were Here dan sudah semestinya The Wall.

Pink Floyd

Aku pun dah lama tak ambil tahu pasal Pink Floyd. Jenguk-jenguk depa punya facebook page, sekali depa baru keluarkan album compilation Syd Barrett, tajuknya An Introduction to Syd Barrett.

On October 11th (November 9th for US) An Introduction To Syd Barrett, a brand new collection that will bring together for the first time the tracks of Pink Floyd and Syd Barrett on one compilation will be released. To experience the interactive 3D booklet and hear clips for all the tracks, click HERE.
Sekali tengok cover album ni memang tak tahan. Style! Macam familiar. Rupa-rupanya artwork ni dibuat oleh Storm Thogerson. Sapa-sapa yang layan muzik dan menghargai hasil kerja seni kulit album mesti kenal mamat nih.

Plus, kita siap boleh usha dia punya booklet dalam bentuk 3D lagi, perghh.. Link dia ada dalam description kat atas tu. Cucilah mata sampai lebam..

Trivia: Loque, gitaris Butterfingers dan sekarang frontman monoloQue dulu pernah post kat facebook dia, katanya dia start main gitar dengan lagu "In the Flesh", salah satu lagu dalam album The Wall.