Showing posts with label Ozzy Osbourne. Show all posts
Showing posts with label Ozzy Osbourne. Show all posts

Thursday, June 6, 2013

Black Sabbath.. Brad Wilk?

Semalam adik aku mesej tanya, "Dah dengar belum album Black Sabbath?" Untuk pengetahuan, Black Sabbath ada buat sesi pra-dengar untuk album terbaru mereka 13. Mungkin ada yang terasa kurangnya reunion untuk rakaman album ini memandangkan Bill Ward, pemain drum asal Black Sabbath tidak bersama.

Black Sabbath

Aku pernah bagitau abang Din (peminat tegar Black Sabbath) berkenaan masalah ni. Abang Din agak kecewa, tapi dia yakin selagi ada Iommi (gitaris) dan Butler (bassist), sound Black Sabbath tak akan lari mana. Ozzy sudah semestinya kena ada. Album terakhir Black Sabbath bersama Ozzy ialah 35 tahun yang lepas. Kalau tak ada Ozzy, abang Din mungkin tak akan pandang album ni.

Brad Wilk

Untuk mengisi kekosongan di bahagian drum, Brad Wilk (Rage Against The Machine) telah dipilih. Aku tak pasti bagaimana penerimaan peminat Black Sabbath terhadap Brad Wilk yang umumnya lebih dikenali dengan kumpulan yang memainkan lagu-lagu rap dan funk. Apa kata anda? Aku dengar boleh tahan..


Black Sabbath: In the Studio


Black Sabbath - Age of Reason
   

Sunday, October 31, 2010

Crazy Train atau Peace Train?

Tajuk notes Yusuf Islam agak pelik hari ni, Clash of the Crazy Peace Trains. Sehinggalah aku ternampak gambar ini..

Yusuf and Ozzy at Rally to Restore Sanity, 30 Oct 2010.

Ya! Ozzy Osbourne di situ. Rupa-rupanya ada pertembungan keretapi Ozzy dan Yusuf. Layan dulu video nih..


Jadi nak naik mana satu, "Crazy Train" atau "Peace Train"? Mari kita lihat apa kata Ozzy..

"Gua pilih Peace Train!" sambil menunjuk isyarat peace di tangannya.

P.S: Menurut Rolling Stone, selepas itu ada kemunculan O'Jays dengan lagu "Love Train". Haih, banyak pulak keretapi nak lalu..