Showing posts with label Nine Inch Nails. Show all posts
Showing posts with label Nine Inch Nails. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

Strange Kind of Love

Lagu yang aku ingin kongsi kali ini dinyanyikan oleh Peter Murphy, vokalis kepada kumpulan yang tidak kurang hebat pengaruhnya kepada landskap muzik suatu ketika dahulu iaitu Bauhaus.

Peter Murphy

Lagu "Strange Kind of Love" diambil daripada album solo Peter Murphy, Deep (1989). Terdapat dua versi dengan corak muzik yang berbeza.


"Strange Kind Love (Version Two)"

Tema lagu jelas pada tajuknya iaitu cinta dan melalui laman web songmeaning, umumnya yang mendengar lagu ini melihat kepada hubungan cinta yang biasa dijalinkan antara dua jiwa, lelaki dan perempuan.

A strange kind of love
A strange kind of feeling
Swims through your eyes

Hubungan yang indah ini dikatakan bermasalah dan pergolakan yang mereka alami digambarkan pada penghujung lagu. Mereka perlu memilih samada cinta atau benci.

Instead we tumble down
Either side left or right
To love or to hate

Biar apa pun pandangan mengenai lagu ini, pada aku ianya membicarakan tentang pilihan yang kita hadapi dalam meniti susur galur kehidupan.

Just a taste for the truth
Perfect taste choice and meaning
A look into your eyes

Salah satu rakaman video yang aku lihat baru-baru ini sedikit sebanyak memperhalusi pandangan Peter Murphy terhadap lagu ini.


Live in San Francisco 2011

Peter Murphy memulakan lagu "Strange Kind of Love" dengan berkata kepada penontonnya,

"There is no god.. but God."

Sedar atau tidak, apa yang dikatakan itu merujuk kepada kalimah lā ʾilāha ʾillallāh dan Peter Murphy sememangnya telah memilih Islam sebagai agama, juga sebagai cintanya..
  

Sunday, May 30, 2010

Barang PERCUMA!!!

HOW TO DESTROY ANGELS Our debut EP will be a FREE download on June 1st. Pre-order now and get "The Believers" MP3 immediately: http://howtodestroyangels.com/


Siapa yang tidak teruja bila dengar perkataan FREE/PERCUMA? Aku sendiri teruja bila mendapat tahu EP pertama dari kumpulan How To Destroy Angels boleh dimuat turun secara percuma, dan yang menarik perhatian aku ialah teraju utamanya, Trent Reznor (Nine Inch Nails).

Kepada yang sudah biasa dengan bunyian industrial dari Nine Inch Nails sememangnya tidak ada masalah untuk mendengar lagu mereka, cuma yang menjadi suara kepada kumpulan ini bukan Trent Reznor, tetapi isterinya..