Showing posts with label Alam Semesta. Show all posts
Showing posts with label Alam Semesta. Show all posts

Wednesday, March 14, 2018

Stephen Hawking dalam kenangan

"One day, all scientists in this world will worship God," kata seorang pemilik kedai buku terpakai di Jalan Chulia beberapa tahun lepas. Dia berkata begitu berdasarkan tulisan Stephen Hawking dalam buku A Brief History of Time. Menurut Hawking, kefahaman tentang alam semesta akan membawa kita mengenali "the mind of God".

Stephen Hawking 1942-2018

Aku katakan kepadanya yang aku sedang membaca buku The Grand Design. Buku tersebut ditulis 22 tahun selepas buku A Brief History of Time. Dalam The Grand Design, apabila berbicara tentang penciptaan alam, Hawking menganggap Tuhan tidak penting. Bagi beliau, graviti lebih penting.

Apa pun akidah Hawking, kami terus berbual. Berbual dan berkongsi apa sahaja. Bak kata Hawking dalam lagu Pink Floyd, "All we need to do is make sure we keep talking."


Saturday, July 12, 2014

Labah-labah Kerengga



Sekali imbas ianya seperti kerengga. Sebenarnya bukan kerengga tetapi labah-labah. Ya, labah-labah. Cubalah kira bilangan kakinya itu. Jumlahnya lapan seperti labah-labah yang lain. Terima kasih kepada Mat Arip yang menemui haiwan unik ini di bangsal nelayan Bagan Ajam, Pulau Pinang. Dia juga sempat merakam aksi labah-labah berupa kerengga ini bergayut pada benang yang keluar dari hujung punggungnya. Sempoi..



Kali terakhir aku nampak haiwan unik lagi pelik ini ialah belasan tahun lepas, ketika berehat di tepi sungai setelah puas mandi-manda. Aku hairan dan terpaku melihatnya. Apakah haiwan ini terhasil akibat proses mutasi antara labah-labah dan semut? Memang surreal.. Malangnya bila aku panggil kawan aku, haiwan itu hilang. Aku kecewa malah berasa keliru sama ada apa yang aku lihat itu benar atau hanya khayalan.



Untuk pengetahuan, nama saintifik labah-labah ini ialah Myrmarachne plataleoides atau dikenal sebagai Kerengga Ant-like Jumper. Semua labah-labah di sini adalah jantan. Labah-labah betina lebih persis menyerupai kerengga. Labah-labah berupa semut atau ant mimicry sangat banyak, melebihi 100 spesies. Oh, ya! Kalau perasan, yang di hadapan itu bukan kepalanya. Itu bahagian rahang, dalam ada taring..



  

Friday, April 18, 2014

Dr. Danial: Teori Big Bang


Memandangkan kawan aku ada buku Quran Saintifik edisi kemas kini yang diterbitkan pada awal tahun ini, manakala aku pula ada edisi lama yang diterbitkan pada tahun 2007, aku fikir baik juga aku buat perbandingan untuk melihat perubahan atau penambahan pada tulisan Dr. Danial. Melalui prakata edisi kemas kini beliau menyatakan,
Hampir 50% daripada isinya dikemaskinikan. Terdapat beberapa tajuk baharu yang saya tambah, antaranya Metodologi Pentafsiran Al-Quran dan Bolehkah Diterima Penemuan Oleh Saintis Kafir.. 
Sebagai lanjutan untuk entri lepas, fokus aku di sini adalah kepada tulisan beliau mengenai teori Big Bang dan aku lihat ada penambahan dibuat di akhir tulisan beliau mengenai teori tersebut pada m/s 44. Aku melihat penambahan itu sebagai reaksi terhadap kritikan oleh Prof. Shaharir. Kata Dr. Danial, 
Kita tidak perlu beriman dengan teori Big Bang, apatah lagi terdapat beberapa aspek tentang teori ini yang masih didebatkan. Namun para saintis rata-ratanya bersetuju tentang hakikat permulaan alam yang diutarakan oleh teori ini, iaitu, langit dan bumi pada asalnya bercantum padu.
Profesor Dr. Zaghloul Ragheb Mohamed An-Najjar, seorang pakar dalam bidang geologi (Ph.D. Geology, University of Wales, UK, 1963) merupakan Pengerusi Jawatankuasa Mukjizat Saintifik dalam Al-Quran dan Sunnah di bawah naungan Majlis Tertinggi Agama Islam Mesir. Beliau merumuskan hal ini dengan berkata (di http://www.elnaggarzr.com/en/index.php), "Sama ada kita hendak menerima model Big Bang atau versi-versi yang diubah-suai, ia tidak menjadi masalah. Hal ini disebabkan ia tidak mengubah perkara pokok tentangnya, iaitu, pada asalnya langit dan bumi bercantum padu. Hal ini mengagumkan kerana ketika itu (pada zaman Nabi) tidak ada seorang pun yang tahu tentang hakikat ini." 
Untuk pengetahuan, al-Quran telah menyatakan asal usul kejadian langit dan bumi pada asalnya bercantum padu sebelum dipisahkan antara kedua-duanya (al-Anbiya' 21: 30). Penerangan lanjut boleh juga lihat Al-Quran Menjawab Bersama Dr. Danial.

In the Beginning by Genesis on Grooveshark
P.S: "It has begun, you're in the hands of destiny.."
  

Thursday, June 20, 2013

Jerebu: "The level is currently fatal for the weak, ill, young and old.."

Picture taken by: Andrew Teo
THIS IS AN EMERGENCY, PLEASE STAY AT HOME.
UPDATE: New PSI readings at 2pm stands at 355.

The level is currently fatal for the weak, ill, young and old.
PM Lee is currently having an urgent meeting with the other ministers and will have a press conference shortly.
Thursday, June 20, 2013 at 2:46pm  

Cat Stevens - Ruins
  
Meor - Sekitar Alam

Sunday, January 6, 2013

Aku dahulu seorang photographer.. #2

Sambungan dari entry Aku dahulu seorang photographer.. Ini antara gambar favourite aku dari kamera/handphone yang sama, iaitu Nokia 7610 aka Nokia Daun. Banyak kenangan aku dengan handphone nih, sekarang dah tak ada, kena curi..

Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Masjid Putra, Putrajaya.

Gambar seterusnya diambil menggunakan Nokia 2700 Classic. Sejujurnya, gambar yang diambil menggunakan handphone jenis ini dan yang sebelum ini biasanya kurang cahaya dan warnanya pula kurang menyerlah. Jadi untuk menjadikan gambar nampak lebih real dan bermaya, maka aku adjust sedikit dia punya contrast, temperature dan saturation tanpa merosakkan elemen asal seperti garis cahaya, bentuk awan dan sebagainya..

Bukit Raja, Klang.
 

Aku dahulu seorang photographer..

Tadi aku ada belek satu folder lama bertajuk Aku dahulu seorang photographer. Tajuk dia memang agak geli tapi ya, memang aku pernah jadi photographer masa sekolah dulu.. hehe. Di dalamnya ada beberapa keping gambar yang aku ambil menggunakan handphone lama sekitar tahun 2006/2009 dulu. Ini antara gambar yang boleh aku kongsi bersama..
 





   

Thursday, August 30, 2012

Salam Merdeka: Erti Hidup Yang Hakiki

Sembang di kedai kopi baru-baru ini, antara topik yang menjadi perbualan adalah sambutan Hari Kemerdekaan. Tibanya Hari Kemerdekaan ini memanglah seronok. Pertama, kerana ianya cuti umum. Selain itu, dapat menikmati keindahan bunga api.


Jadi, seorang kawan aku mengajak untuk pergi tengok persembahan bunga api. Katanya, kalau tengok dari Bukit Bendera lagi seronok. Aku pun tak pasti samada nak pergi atau tak sebab aku rasa ada benda lain yang perlu aku buat malam tu.

Seorang lagi kawan aku tidak suka aktiviti keluar malam tengok bunga api. Dia berpendapat, ramai yang bersuka-ria pada malam sambutan Hari Kemerdekaan tidak menghormati perjuangan nenek moyang kita satu ketika dahulu. Ada benarnya juga.

Untuk pengetahuan, setiap kali sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan, umur aku akan meningkat satu tahun kerana hari lahir aku jatuh pada tarikh yang sama. Teringat aku kata-kata Ibnu Qayyim Al-Jauziyah berkaitan dengan umur. Katanya,
Hidup itu sebenarnya adalah kehidupan hati. Sedangkan umur manusia bukanlah miliknya. Waktu yang digunakan untuk bersama Allah SWT merupakan umurnya yang sebenarnya.
Kata-kata itu aku ambil dari bukunya yang berjudul Penyakit dan Penawarnya (Jilid 1) di dalam bab kecil, Maksiat Mengurangi Umur dan Menghapus Keberkatan. Ibnu Qayyim membuat kesimpulan,
Bila seorang hamba berpaling daripada Allah SWT dan sibuk dengan kemaksiatan, hilanglah hari-hari hidupnya yang hakiki.
Apa yang aku tulis ini sekadar untuk menasihati diri sendiri dan mengajak anda untuk setidak-tidaknya mengingati pencipta asal kejadian kita semua. Buat yang mengenali diri ini, aku juga ingin meminta maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang kita berkawan. 

SALAM MERDEKA