Showing posts with label Megadeth. Show all posts
Showing posts with label Megadeth. Show all posts

Friday, February 10, 2017

Abang Mus (Megadeth) dan Budgie

Lama dulu aku pernah menulis tentang peranan Cat Stevens sebagai pengaruh awal Dave Mustaine dalam muzik. Kali ini aku ingin kongsikan satu lagi pengaruh awal Mustaine atau panggilan mesranya, Abang Mus iaitu sebuah kumpulan bernama Budgie

Rock Icons - Dave Mustaine

Berasal dari Wales, Budgie ditubuhkan pada tahun 1967 dengan album pertama terbit pada tahun 1971. Pengalaman mendengar Budgie memberi kesan tersendiri kepada Abang Mus untuk benar-benar bermain muzik. Menurut beliau dalam dokumentari Rock Icons,
I think probably, the musical moment that happened, that made me realize I wanna rock was I discovered a band called Budgie.
Muzik mereka agak jarang dikenali ketika itu. Namun, Abang Mus memuji kehebatan Budgie kerana bukan mudah bagi sebuah kumpulan yang hanya dianggotai oleh tiga orang tetapi pada masa yang sama berjaya memainkan lagu-lagu yang heavy.

Budgie original line-up

Minat Abang Mus terhadap Budgie turut menjadi faktor beliau diterima sebagai gitaris utama terawal Metallica. Abang Mus menceritakan hal ini dalam buku Mustaine: A Heavy Metal Memoir semasa beliau menghubungi Lars. Berikut nukilan daripada buku tersebut.
That day I called the number in the ad.
“Hey, man, I’m looking for Lars.”
“You got him.” The guy had a strange accent that I couldn’t quite place. He also sounded very young.
“I’m calling about your ad? For a guitar player?”
“Okay…”
“Well, I know Motörhead and Iron Maiden,” I said. “And I love Budgie.”
There was a pause.
“Fuck, man! You know fucking Budgie?!”
That was all it took.
Seperti yang kita semua maklum, Megadeth akan singgah ke Malaysia sempena jelajah album Dystopia (2016). Untuk pengetahuan, Megadeth merakam semula sebuah lagu Budgie era 70an bertajuk Melt the Ice Away sebagai lagu bonus album tersebut.

Megadeth - Melt the Ice Away (Budgie cover)

_____
P/S: Budgie antara salah satu kumpulan yang diperkenalkan oleh Abang Din kepada aku. Beliau berikan album Squawk (1972), In for the Kill! (1974) dan Bandolier (1975) untuk aku cuba dengar. Aku sangat tertarik dengan Bandolier kerana kulitnya yang cantik dan lagu-lagunya yang lain macam dia punya feel!

Budgie - Napoleon Bona, Part 1 & 2
   

Sunday, October 3, 2010

Lagu baru Megadeth dan pengaruh awal Dave Mustaine yang mungkin anda tidak tahu


Lagu terbaru Megadeth, "Sudden Death" dibuat eksklusif untuk game Guitar Hero: Warior of Rock. Dengar intro pun dah kencang, mesti bersepah-sepah tangan budak-budak yang nak main lagu ni. Available for streaming on September 28. Berita penuh boleh baca SINI.

Sekadar nak berkongsi satu benda berkaitan Megadeth. Cerita agak lapuk tapi mungkin menarik kepada yang belum tahu. Ini tentang Dave Mustaine dan pengaruh awalnya dalam dunia muzik, iaitu Cat Stevens (Yusuf Islam). Boleh tengok video di bawah..


Megadeth - Behind the Music

Dave Mustaine pun layan lagu folk Cat Stevens daa. Err.. dia juga ada sebut Elton John tapi aku rasa dia lebih suka Cat Stevens kot, sebab katanya,
I think that's where a lot of melody that I learned came from was, you know, Cat Stevens is a fantastic songwriter.
So, how about a collaboration between Megadeth and Yusuf Islam?
"Saya tak ada masalah. Lagipun saya memang minat lagu Peace Sells," kata pencipta lagu Peace Train ini.