Ketika Maulana Muhammad ‘Asri Yusoff singgah ke Pulau Pinang, saya sempat bertanya kepada beliau berkenaan cucu lelaki Rasulullah yang bernama Muhsin. Saya katakan kepadanya yang saya sudah membaca buku beliau bertajuk Pemurnian Sejarah Awal Islam (Siri 3) khususnya artikel Anak Cucu Rasulullah yang Dilupa dan Dipinggirkan.
Namun, dalam artikel buku tersebut, Muhsin hanya tersenarai sebagai anak ketiga Fatimah dengan ‘Ali bin Abi Talib tanpa ada apa-apa kisah berkenaannya. Apakah yang terjadi kepada Muhsin? Terdapat cerita yang mengatakan bahawa Muhsin meninggal dunia dalam kandungan angkara ‘Umar menolak pintu rumah Fatimah sehingga mengenai perutnya. Benarkah cerita sedemikian?
Maulana Muhammad ‘Asri Yusoff merupakan pengasas dan Syeikhul Hadis bagi Pusat Pengajian Al-Qur’an Darul Kautsar yang terletak di Kelantan. Beliau sempat berguru dengan ilmuwan besar di India dan Pakistan semisal Maulana al-Syeikh al-Mufti Wali Hasan Khan. Beliau menjawab, “Muhsin meninggal dunia ketika masih kecil. Kisah tentang ‘Umar menyebabkan Fatimah keguguran itu tidak benar. Itu cerita orang-orang Syiah.”
P/S: Kehadiran ilmuwan ini ke Pulau Pinang adalah untuk membentangkan kertas kerja bertajuk Kajian terhadap Riwayat-Riwayat tentang Zaman Muda Rasulullah Sebelum Menjadi Nabi bersempena Daurah Sirah Nabawiyah anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia. Boleh muat turun kertas kerjanya di SINI dan tonton rakamannya di SINI.
good sharing bro. mesti best kan dapat jumpa dengan orang yg kita selalu follow. Maulana Asri Yusuff memang terbaik. melalui beliau kita dapat tahu banyak pengaruh syiah dalam agama dan budaya melayu kita.
ReplyDeletemenarik...thanks for sharing
ReplyDeleteBanyak sangat pengaruh syiah dah menyerap dalam masuk secara diam, banyak fakta - fakta diubah dengan ideologi depa..
ReplyDeletemaulana asri antara tokoh yang sejak muda istiqamah membanteras pengaruh syiah ni.. moga panjangkan umur dan perjuangan beliau..
baguslah usaha terus kaboi tanduk mendedahkan penyelewengan syiah..
keep it up bro!!
Terima kasih bro.sangat2 berinfomatif.
ReplyDeleteAku ni kan, bukan orang baik, tapi... kadang2 aku rasa takut, bulu roma aku ternaik, everytime ada ustaz or ustzah meninggal, or asatizah, or orang2 Islam pandai, orang2 Islam yang akhlak mulia mati, aku seram..
ReplyDeletePasal setiap yang mati tu adakah semua ilmu didada mereka mereka dapat kongsi bersama dengan guru2 dan bijak pandai yang muda? Tapi apa pun, knowledge is key in life.
yang baju hitam itu bro kaboi tandok ke..?
ReplyDeletebtw : saje jer nak kenal, pasal belum lagi kenal, bila dah kenal, baru boleh start kenal.. hehe
Yup. Salam kenal buat Yusrina, blogger yang rocks!
Deleteinfo yg berguna..
ReplyDelete