Saturday, December 31, 2011

Ulasan: MONOLOQUE Jejak Tanah: Hikayat Halimunan Abad ke-21 (Bahagian 4)

Sambungan dari Bahagian 3.

"Gurindam Hutan Batu"

Aku sebenarnya agak curiga dengan lagu yang berunsurkan cinta, takut kedengaran macam lagu lain yang biasa dikomersialkan melalui radio. "Gurindam Hutan Batu" bagi aku berbeza. Kata Loque dalam satu temubual, secara umumnya album yang berbentuk hikayat ini adalah pandangan seseorang (si halimunan) yang hidup di dunia moden atau hutan batu secara simboliknya. Lagu ini pada aku membawa satu mesej yang mudah, setiap permasalahan yang wujud akan dapat diselesaikan dengan adanya cinta dan liriknya jelas meraikan nilai cinta.
Tiada yang mustahil!
Ianya pasti berhasil,
Tiada yang mustahil!
Cinta menakluk semua
..
"Kekanda Adinda"

Tidak dinafikan, lagu "Kekanda Adinda" adalah lagu yang menaikkan nama monoloQue di arus perdana. Penerimaan lagu ini juga sesuatu yang membanggakan sehingga berjaya layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 26. Menampilkan Atilia, lagu tema kepada drama 8 Bulan ini ada keistimewaannya yang tersendiri. Lagunya mengingatkan aku kepada lagu duet melayu lama tetapi liriknya disesuaikan dengan kehidupan suami isteri masa kini yang sibuk bekerjaya. Mencuit hati dan ceria, gitar solonya pula sesuatu yang klasik bagi aku!

"Hapuskan Air @Matamu"

Lagu ini secara peribadinya bukan lagu yang menjadi pilihan aku. Mungkin aku sudah cukup dengan lagu yang berunsurkan cinta. Dari satu sudut yang lain, melodi lagu adakalanya menangkap dan permainan drum dari Loko juga agak menarik di sini.

"Cinta"

Lagu yang sememangnya menjadi perhatian aku sejak mula mendapatkan album Jejak Tanah dan ada diceritakan pada ulasan Bahagian 2. Disebabkan aku selalu dengar, lagu ini seolah-olah bersambung jika diulang tanpa henti, dia punya 'wall of sound' tu terbaik!

Kesimpulannya, album sulung monoloQue iaitu bahagian pertama trilogi Hikayat Halimunan Abad ke-21 adalah satu karya yang perlu diberi perhatian kepada penggemar muzik yang dahagakan keluaran anak tempatan. Mana mungkin pemuzik kita kering dengan idea kreatif dan berkualiti.

SELAMAT TAHUN BARU

(kembali ke petak pertama)

3 comments:

  1. rasanya part 1 ni "cinta" adalah tema untuk keseluruhan album ni. terasa macam sambungan "kembali" pulak.

    ReplyDelete
  2. matakucing,

    nampak gaya macam tu la, rasanya loque pun penah cakap album ni kesinambungan album Kembali..

    ReplyDelete
  3. tamatlah sudah kesan degil... kang blik sni meh aku pinjam cd nie yerk...

    ReplyDelete