Saturday, September 25, 2010

Reunion & New Material

Chris Cornell ada cakap yang Soundgarden akan mula kerja menulis material terbaru mereka. Boleh dengar SINI interview Chris Cornell bersama Zane Lowe BBC Radio.

Ini berita memang terbaik, mindgasm! New material is all we need after reunion and great shows. Masih dalam konteks yang sama, aku mau cerita salah satu album gempak yang dihasilkan oleh band yang kembali reunite iaitu album Part the Second dari kumpulan maudlin of the Well.

Part the Second (2009)
  1. "An Excerpt from 6,000,000,000,000 Miles Before the First, or, the Revisitation of the Blue Ghost" – 10:55
  2. "Another Excerpt: Keep Light Near You, Even When Dying" – 5:59
  3. "Rose Quartz Turning to Glass" – 7:30
  4. "Clover Garland Island" – 8:18
  5. "Laboratories of the Invisible World (Rollerskating the Cosmic Palmistric Postborder)" – 11:50
Untuk pengetahuan, kos bagi penghasilan album ini sebenarnya dibiayai melalui sumbangan beberapa peminat mereka dan ianya dikeluarkan secara PERCUMA di internet. Perghh.. orang bagi free tuh. Boleh download SINI kalau mau.

Muzik yang dibawa oleh maudlin of the Well (motW) pula boleh dikira sebagai sesuatu yang kompleks dan sememangnya sukar dihadam oleh peminat lagu pop tiga minit di radio. Secara umumnya, motW menggabungkan elemen jazz, metal, klasikal dan pada aku memang sesuatu yang avant garde.


Part the Second antara album favorite aku bagi tahun 2009. Elemen metal agak kurang berbanding album-album sebelumnya. Ada pengaruh dari Kayo Dot, band yang terhasil setelah motW berehat disebabkan kehilangan beberapa ahli tetap.

Aku ingat lagi waktu aku outstation jauh dari kampung tahun lepas. Kena pada satu malam aku keseorangan di site project yang sekelilingnya gelap gelita dan aku pasang balik lagu-lagu Part the Second. Saat itu, irama yang dihasilkan mencetuskan sesuatu yang indah dan mampu membuatkan anda menghargai sentimen dan nilai kehidupan.


No comments:

Post a Comment