Wednesday, June 16, 2010

Antara Dua Cinta

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap barukan terasa
Bila hilang, apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah, di dalam genggaman
Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang
Tuhan leraikanlah dunia yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu mengumpul dua cinta
Hanya cintamu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh

--------------------------------------------------------------------------------------------

Tetiba teringat lagu ni bila bangun pagi tadi. Walaupun kedengaran agak "preachy" tapi lagu ni sesuai untuk dibawak bermuhasabah diri. Juga sesuai untuk orang yang kehidupannya agak terlanjur ke arah duniawi seperti anda...

Lagu ni diambik daripada album Raihan, Allahu (2004). Album yang pada aku sangat masyuk selepas Puji-Pujian (1996). Sebenarnya ni lagu lama, lagu asal kumpulan The Zikr. Sebelum Raihan, Nazrey (ex-frontman Raihan) dulu kumpulan ni.

Alat muzik yang digunakan sangat minimalis tapi senikatanya itu yang perlu diberi perhatian. Lagu ni rasanya tak popular di radio pop murahan masa kini, hatta lagu ni sangat mahal nilainya...


No comments:

Post a Comment