Wednesday, September 25, 2013

Iblis: Antara Tauhid dan Takabbur

Penulisan entry ini adalah berdasarkan komen balas aku di Facebook berkenaan seorang penceramah yang bercakap tentang punca Iblis tidak mahu sujud kepada Adam. Beliau terkenal dengan dakwaan sebagai pemilik dan penyunting kitab Ilmu Makrifat (Mengenal Allah) dan Mengenal Diri oleh Mohd Yusof Che Wook. Apa yang beliau sampaikan ini tidaklah asing kerana perbualan sebegini pernah aku dengar di kedai kopi.

PERHATIAN: APA YANG BELIAU SAMPAIKAN ADALAH BATHIL!

Punca Iblis tidak mahu sujud kepada Adam a.s [BATHIL]

Sejujurnya pedih untuk saya katakan, yang benarnya penceramah tersebut terlebih dahulu tafsir dengan melulu. Lihatlah kekeliruan beliau di dalam kuliahnya ketika menyatakan punca Iblis yang tidak mahu sujud kepada Adam (lihat sinihttps://www.facebook.com/photo.php...) adalah kerana Iblis tidak mahu sembah selain Allah (beliau telah salah memakai sujud dengan makna sembah), atau dalam erti kata yang lain Iblis tidak mahu syirik kepada Allah dan ia demi menjaga kemurnian tauhidnya. Kemudian lihat pula perbandingan yang dibuat melalui video ini - http://youtu.be/pgbnyiRGENY.


Perbandingan antara Ahli Sunnah dan Syiah

Kita boleh lihat tafsiran yang dinyatakan oleh beliau itu serupa dengan salah satu tafsiran golongan bathil Syiah (di akhir video perbandingan) dan ianya jelas sekali berbeza dengan mereka yang sepakat berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah di mana punca sebenar Iblis tidak mahu sujud kepada Adam adalah kerana takabbur yakni sombong (rujuk surah al-Baqarah 2:34, al-A'raf 7:11-13, Saad 38:73-74). Malah, Iblis kemudiannya dihukum kafir seperti yang dinyatakan di dalam surah al-Baqarah. Namun, penceramah menyifatkan tindakan Iblis itu sebagai cerdik (lihat minit 2:18) dan bagi menyokong tafsiran beliau itu, beliau mengatakan bahawa Iblis berasal daripada malaikat (lihat minit 4:01), sedangkan Iblis berasal daripada golongan jin (rujuk surah al-Kahfi 18:50).

Pada pandangan saya, kekeliruan seperti ini terjadi tidak lain dan tidak bukan kerana dipengaruhi oleh falsafah yang zahirnya mengujakan, menjadi lebih parah apabila kita menganggapnya sebagai satu kebenaran, padahal hakikatnya penuh kebathilan. Ya, ilmu Allah sememangnya luas dan tak terjangkau oleh akal fikiran, maka cukuplah kita menilainya dengan kembali kepada apa yang disampaikan-Nya melalui kitab-Nya (al-Quran) dan melalui Rasul-Nya (as-Sunnah) dan melalui kefahaman generasi terbaik sebagaimana yang diisyaratkan Nabi saw di dalam sebuah hadis sahih riwayat al-Bukhari, iaitu merujuk kepada generasi para Sahabat, Tabi'in dan Tabi'ut Tabi'in.

Komen Dr. Abdullah Yasin

Bukankah saudara XXXXXXX XXX apabila ditanya, "Macam mana sekarang ini nak tahu sama ada guru itu sesat atau tidak sesat?" saudara telah menjawab, "Berpandukan al-Quran dan as-Sunnah"? Maka sahabat sekalian, sama ada kita sudah mengenal diri atau belum, hakikatnya kita sudah pun tahu yang mana haq dan yang mana bathil.

وَلَقَدْ خَلَقْنَٰكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَٰكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَٰٓئِكَةِ ٱسْجُدُوا۟ لِءَادَمَ فَسَجَدُوٓا۟ إِلَّآ إِبْلِيسَ لَمْ يَكُن مِّنَ ٱلسَّٰجِدِينَ﴿١١﴾(11) Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ ۖ قَالَ أَنَا۠ خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِى مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُۥ مِن طِينٍ ﴿١٢﴾(12) Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."قَالَ فَٱهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَٱخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ ٱلصَّٰغِرِينَ ﴿١٣﴾(13) Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".
  Surah al-A'raf 7:11-13


وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَٰٓئِكَةِ ٱسْجُدُوا۟ لِءَادَمَ فَسَجَدُوٓا۟ إِلَّآ إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ ٱلْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِۦٓ ۗ أَفَتَتَّخِذُونَهُۥ وَذُرِّيَّتَهُۥٓ أَوْلِيَآءَ مِن دُونِى وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّۢ ۚ بِئْسَ لِلظَّٰلِمِينَ بَدَلًا ﴿٥٠﴾(50) Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.
Surah al-Kahfi 18:50

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ، وَعَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ، قَالَ عَبْدٌ أَخْبَرَنَا وَقَالَ ابْنُ رَافِعٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ خُلِقَتِ الْمَلاَئِكَةُ مِنْ نُورٍ وَخُلِقَ الْجَانُّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ وَخُلِقَ آدَمُ مِمَّا وُصِفَ لَكُمْ ‏"‏
'A'isha reported that Allah's Messenger (may peace be upon him) said: The Angels were born out of light and the Jinns were born out of the spark of fire and Adam was born as he has been defined (in the Qur'an) for you (i. e. he is fashioned out of clay). 
Sahih Muslim Book: 56, Hadith: 7687

____________________
Menurut Ustaz Rosli, kitab Ilmu Makrifat (Mengenal Allah) dan Mengenal Diri oleh Mohd Yusof Che Wook telah disenaraikan membawa ajaran sesat oleh pihak JAKIM. Maklumat ini beliau perolehi daripada pembentangan Penyelidik JAKIM dalam Seminar Isu Semasa dan Cabaran Aqidah bertarikh 21 September 2013 di UTM, Kuala Lumpur.

Boleh juga membaca nukilan saudara Yusof Mohamad bertajuk, Malaikat menyembah Adam alaihisalam? Di sana beliau membahaskan dengan lebih lanjut persoalan seperti adakah kita boleh melakukan sujud penghormatan terhadap ulama? Jika tidak boleh, bagaimana pula sujud Nabi Ya'kub dan anak-anaknya kepada Nabi Yusuf? 
  

9 comments:

  1. bagus ni, terima kasih bro.
    .
    .
    .
    .
    ramai org konfius..
    betul ke azazil ketua malaikat?.. dah tentu jelas malaikat tu menurut semua parintah Allah.. kalau melawan dh tentu la bukan malaikat, apatah lg nk jd sebagai Ketua malaikat.. ada org kata azazil ni bukan jenis malaikat, tapi dia jadi ketua malaikat? apehal la...


    ReplyDelete
  2. info yang sangat berguna..terima kasih bro..mudah2an kita semua tak tersasar dari jalanNya..

    ReplyDelete
  3. thank you for sharing.

    Orang cakap nak berguru jangan sorang, tapi berguru ngan ramai, dan berguru ngan yang bertauliah,
    nak carik ilmu pergi ke berbagai tempat jangan satu je.

    semoga kita semua dan love ones kita dilindungi Allah sentiasa dunia akhirat. Amin.

    ReplyDelete
  4. ada beza pengertian sembah dgn sujud...byk confuse dgn makna perkataan2 ni

    info berguna ni bro...bermanfaat utk diri kita dlm kekuatan iman kita...alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. Pc Kokak,

    sama-sama, seperkara yang perlu kita tahu, Azazil langsung tidak disebut di dalam al-Quran dan hadis..

    Ibnu Katsir menyatakan: “Dan dalam masalah ini (asal-usul iblis), banyak yang diriwayatkan dari ulama salaf. Namun mayoritasnya adalah Israiliyat (cerita-cerita dari Bani Israil) yang (sesungguhnya) dinukilkan untuk dikaji –wallahu a’lam–, Allah lebih tahu tentang keadaan mayoritas cerita itu. Dan diantaranya ada yang dipastikan dusta, karena menyelisihi kebenaran yang ada di tangan kita. Dan apa yang ada di dalam Al-Qur`an sudah memadai dari yang selainnya dari berita-berita itu.” (Tafsir Ibnu Katsir, 3/94)

    Asy-Syinqithi menyatakan: “Apa yang disebutkan para ahli tafsir dari sekelompok ulama salaf, seperti Ibnu ‘Abbas dan selainnya, bahwa dahulu iblis termasuk pembesar malaikat, penjaga surga, mengurusi urusan dunia, dan namanya adalah ‘Azazil, ini semua adalah cerita Israiliyat yang tidak bisa dijadikan landasan.” (Adhwa`ul Bayan, 4/120-121)

    selanjutnya boleh juga baca di SINI
    ---

    Rafi,

    sama-sama, amin..

    ---

    Deaf Angel,

    you're welcome.. well said bro! itulah jalan para ahli ilmu.. :)

    ---

    Adi Herman,

    itulah, sebagaimana yang diterangkan oleh Dr. Abdullah Yasin, "Sujud dalam Al-Quran mengandungi dua makna a. Sujud Ibadat b. Sujud Ihtiram (hormat). Perintah sujud kepada Adam adalah sujud ihtiram atau tasyrif yakni sujud hormat, bukan sujud ibadat. Maha Suci Allah daripada menyuruh makhluk-Nya berbuat syirik."

    penceramah pada hakikatnya telah memakai sujud dengan makna sujud ibadat setelah beliau menerjemahkan sujud itu dengan makna sembah, pada saya di sinilah bermulanya masalah..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Pada Tuan Kaboi

    Nama saya Iskandar Bin Ahmad, anak murid setia pada Tuan Guru Hj Shaari.Izinkan saya menyampaikan duduk perkara sebenar supaya Tuan tidak terlebih salah faham dan terus menerus melontarkan tuduhan yang tak berasas pada apa yang Tuan Guru Hj Shaari sampaikan di video itu.

    Org makrifat memandang bahawa yang bertiup itu, adalah angin. manakala org awam melihat yg bergoyang itu pokok. Mereka tidak nampak yg batin, itulah makanya org awam selalu menuduh ilmu makrifat itu salah!.

    Asal iblis itu, adalah drp Malaikat Azazil (ketua sekalian Malaikat). Setelah Malaikat Azazil tidak mahu sujud kpd Adam, baru bertukar ia kpd Iblis!.

    Ketua Malaikat, tidak mahu sujud kpd selain Allah. Setelah Malaikat Azazil tidak sujud baru berlakunya perubahan Malaikat bertukar kpd Iblis. Bukannya Iblis dulu baru malaikat, tetapi asalnya Malaikat dulu, baru berubah jadi Iblis. Setelah engkar sujud, bari jadi iblis!.

    Tidak ikut perintah atau engkar itu, adalah semasa masih lagi bergelar malaikat, bukannya terus-terus jadi iblis!.

    Semasa masih bergelar Malaikat Azazil, Azazil tidak mahu sujud Adam, ini adalah kerana pada pendapat seorang malaikat, mereka tidak layak untuk sujud kepada Adam, kerana Adam adalah malkhluk yg diciptakan dan Malaikatpun makhluk diciptakan. Mana mungkin, makhluk meyembah makhluk! (ini pendapat malaikat Azazil selaku ketua Malaikat). Azazil mengajat anak buah (malaikat yg lain) supaya sujud kepada Allah, tiba-tiba guru besar sendiri (Malaikat Azazil), meyembah makhluk, tidakkah itu bertentang dengan ajarannya selaku guru besar!.

    Sebenarnya cerita Malaikat Azazil tidak sujud itu, adalah cerita yang sudah siap Allah tulis didalam kitab Luh mahfuz sedari dulu!. Bukan saja-saja ketua Malaikat tidak mahu sujud. Tidak sujudnya ketua malaikat semasa itu adalah dioatas dasar patuhnya kepada kettetapan Allah yg sudah siap tertulis.

    Ketua malaikat (Azazil) ketika itu, adalah hanya sarong parang yang dicipta oleh parang. “Tidak bergerak walau sekecil zarah, jika tidak diizinkan Allah”, jadi ketidak patuhan Malaikat Azazil selaku ketua kepada sekalian Malaikat-Malaikat itu, adalah kerana berlandaskan atau berdasarkan kepada ketetapan Allah yg siap tertulis. Azazil tidak berkuasa menulis atau mengarang riwayat cerita karangan Allah ini, tanpa ditetapkan Allah sebelumnya!.

    Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan, siapakah yg menulis kitab Luh hhul mahfuz?. Malaikat Azazil (iblis) atau Allah. Sila jawab pertanyaan saya. Sebelum Malaikat, sebelum Iblis dan sebelum Adam tercipta, kkitab Luh mahfuz sudah siap tersedia sejak azali.

    Perkara sujud atau perkara tidak sujudnya Malaikat Azazil (iblis) itu, sebenarnya bukan perkara baru dilakonkan oleh Iblis atau Azazil, tetapi ianya adalah perkara yang datyangnya dari SKRIP atau karanngan dari cerita Allah yg telah ternukil sedari sebelum kejadian Malaikat atau iblis!.Engar atau ptuhnya Azazil atau iblis itu, adalah diatas landasan ketetapan tulisan Allah……………….

    Org awam, hanya tahu melihat Malaikat tetapi tidak melihat tuan pencipta malaikat. Org awam hanya tahu melihat Iblis, tetapi tidak pernah lihat pencipta ib;is. Or awam hanya tahu syurga dan pahala tanpa melihat kepafa pencipta syurga dan pencipta pahala. Mereka org ayam, hanta tahu ibadah yang memberi kita syurga sedanngkan org makrifat itu melihat bahawa yg memberi syurga neraka itu, bukan ibadah tetapi Allah……….

    Yg menyembah dan yang tidak meyembah itu, bagi org makrifat bukan datangnya kehendak sujud atau kehendak tidak sujud Azazil aytau Iblis itu datangn dari ciptaan karangan makhlkuk, tetapi datangnya ciptaan itu, adalah dari tangan yg mencipta! dan bukan ciptaan tangan iblis atau tangan Malaikat.

    Segala cerita itu, bukan dituju kepada Malaikatt atau Iblis tetapi dituju kepada kita, supaya megambil fikir!…

    Sekiranya tuan merasa kurang jelas berikan nombor talipon tuan dptlah kiranya kita saling berhubung supaya tidak bertambah keruh tohmahan yg tuan lontarkan itu terhadapt Tuan Guru Hj Shaari....atau silalah berkunjung keblog Hj Shaari di http://makrifattokkenali.com/

    ReplyDelete
  7. Iskandar Ahmad,

    saya sudah baca apa yang anda sampaikan, buat masa ini saya dapati ianya sedikit pun tidak menyanggah dua perkara utama atau persoalan yang saya bincangkan:

    1) Kenapa Iblis tidak mahu sujud kepada Adam a.s?
    2) Apakah asal usul Iblis, malaikat atau jin?

    saya telah berkunjung di blog guru anda dan saya telah balas di dalam entry terbaru beliau, boleh rujuk SINI, terima kasih kerana sampaikan perkara ini kepada saya.

    ReplyDelete
  8. sampai bla kita nak bermain dengan istilah.....

    ReplyDelete
  9. mcm tergantung je..

    ReplyDelete