Monday, January 7, 2013

Aku dahulu seorang photographer.. #3

Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya.

Teringat kata-kata guru aku sewaktu aku mula ditugaskan sebagai seorang jurukamera untuk beberapa majlis di sekolah. Katanya dengan penuh berhikmah, 
Seorang jurukamera yang bagus tidak akan teragak-agak ketika mengambil gambar. Apabila subjek telah dikenal pasti, dia hanya memerlukan tidak lebih dari selangkah sahaja kerana selebihnya akan bergantung kepada kreativitinya untuk mengambil gambar dengan cantik dan kena pada sudutnya walau di mana dia berada.
Kata-kata itu sememangnya menjadi perangsang kepada aku untuk lebih yakin dalam mengambil gambar dengan jujur di samping menggunakan sebaiknya Kodak yang ada.

-----------
P.S: Kodak??
  

3 comments:

  1. sekarang x pakai kodak lagi bro...guna MSD saja, ianya lebih jimat haha...apa lagi bro?buat comeback utk hobi lu ni...

    ReplyDelete
  2. well done bro.
    aku cam gatal gitu nak gi tangkap gambo ikan2 kat aquarium.
    tapi terus rasa malas lak haha

    ReplyDelete