Sunday, October 23, 2011

Filem: Stand By Me (1986)

Stephen King antara sebab aku tengok cerita ni. Walaupun sebelum ni kawan aku ada cakap cerita dia best, tapi aku tak tengok sebab aku ingat cerita dia untuk kanak-kanak.

Based on the novella The Body by Stephen King.

Secara ringkasnya, Vern terdengar abang dia bercakap pasal mayat seorang budak yang dijumpai mereka masa nak buang kereta curi. Budak tu sememangnya dicari oleh pihak berkuasa setelah dilaporkan hilang. Jadi, Vern pun cerita kat kawan dia. Akhirnya depa buat keputusan untuk cari mayat budak tu dengan niat untuk jadi hero dan masuk tv.

Walaupun ni cerita lama (tahun 1986), tapi memang disyorkan kepada yang belum tengok. Cerita dia kelakar dan adakalanya mengingatkan kita kepada memori masa kecik dulu. Memang bukan cerita tipikal Stephen King, tapi ceritanya ada nilai tersendiri berkenaan dengan nilai persahabatan dan kekeluargaan.

Berbalik kepada kisah empat orang budak tadi, dalam perjalanan depa ada satu dialog yang menarik perhatian aku dan menimbulkan satu persoalan. Ianya pasal salah satu watak kartun Disney iaitu Goofy.
"Alright, alright. Mickey's a mouse, Donald's a duck, Pluto's a dog. What's Goofy?"
 

12 comments:

  1. ooo citer ni tak tgk lagi..kalau stephen king nyer ada mubi "It" seram gak yang badut bunuh org tu. masih mencari dvd nyer.

    ReplyDelete
  2. perghh boleh tahan gak movie ni, pelakon2 pun best2 gak mcm Keifer Sutherland dgn River Pheonix (abang kepada Joaquin Pheonix yg mati bunuh diri). belum tgk lagi coter ni tapi kompem best kan sbb movie based on novel stephen king.

    ReplyDelete
  3. matakucing,

    "It" pernah dengar tapi blom pernah tengok. kena cari lepas nih..

    ---

    Adi Herman,

    River Phoenix mmg terbaik dlm movie nih walaupun dia budak lagi. Jerry O'Connel lawak tengok gaya dia, tak tau plak dia ni gemuk masa kecik.

    cerita ni sesuai kepada yg layan movie ala drama tapi still berbaloi sbb syok tengok kisah perjalanan empat orang budak tuh..

    ReplyDelete
  4. Stephen king tak pernah mengecewakan aku...tak kira novel atau pun movie...

    Stand By Me adalah antara yang terbaik!

    ReplyDelete
  5. berteromber,

    setuju, antara yang terbaik! Stephen King sendiri cakap dia suka movie ni walaupun ada perbezaan dgn cerita asal..

    ---

    deaf-angel,

    sudah tiba masanya untuk tengok..hehe

    ReplyDelete
  6. Stephen King yeee... Yehahh... nti aku tgok...

    ReplyDelete
  7. yeah, sedut byk2 movie Stephen King. nanti bleh aku layan skali..

    ReplyDelete
  8. hahh... slain Stephen King, aku sedang mengikut filem2 arahan Christopher Nolan... menarik perhatianku... hak3

    ReplyDelete
  9. terbaik! jangan lupa sedut Insomnia, aku tak ingat crita dia cmna tapi mmg best. Al Pacino blakon..

    ReplyDelete
  10. terbaik!! cerita nie sgt bagus, aku suka sangat... dia mmpu wat aku emo... bg aku sma ranking dgn shawshan redemption... rasa nk hug.. haha

    ReplyDelete