Friday, September 16, 2011

Steve Harris dan citarasanya terhadap muzik Genesis

Sebelum ini aku selalu terbaca dekat beberapa laman web dan forum yang mengatakan album Foxtrot antara album kegemaran Steve Harris khususnya lagu Supper's Ready. Ada juga yang kata Mike Rutherford antara pengaruh utama Steve Harris untuk bermain bass. Pada aku, mungkin ini sekadar gosip Genesis-Maiden sebab aku sendiri tak dapat cari sumbernya dari mana.

Mike Rutherford

Bagi peminat Iron Maiden, mereka mesti tahu yang Steve Harris sememangnya seorang peminat muzik prog rock era 70an. Sumber pertama yang aku tahu adalah melalui album Seventh Son of a Seventh Son (1988) versi enhanced CD. Dalam CD tu, Steve Harris ada komen pasal album SSOASS yang kedengaran lebih progresif berbanding album lain. Katanya,
Because people think of Maiden as a 'metal' band they don't always realise, but groups like Jethro Tull and Genesis, that's the music I grew up with..
Baru-baru ni pula aku ada terbaca satu buku yang pada aku agak menarik untuk dimiliki kalau terjumpa. Buku tu bertajuk Mean Deviation: Four Decades of Progressive Heavy Metal. Dalam buku tu ada menyatakan beberapa album Genesis yang Steve Harris dengar ketika dia membesar iaitu album Nursery Cryme (1971) dan Foxtrot (1972) . Steve Harris juga ada menyebut salah satu lagu Genesis yang memberi impak dalam hidup dia,
"Stuff like Genesis's 'The Musical Box' still gives me goose bumps," says Harris. "It just completely changed my life. I thought it was fucking amazing, and immediately wanted to have a go at trying to play this stuff."
Aku sendiri teruja sebab lagu The Musical Box sememangnya antara lagu kegemaran aku biarpun panjangnya 10 minit. Melodi, mood dan konsep lagu tu memang terbaik. Permainan gitar dan solo Steve Hackett pun antara yang terhebat! Kemudian aku cari pula pendapat Steve Harris pasal lagu Supper's Ready.


The Musical Box

Susah juga nak cari kat internet sebab sebelum ni yang aku tahu orang cakap sumbernya dari majalah tapi aku akhirnya bernasib baik sebab terjumpa satu temubual bersama Steve Harris yang bertajuk I Hate Punk. Dalam temubual tu Steve Harris ada menyebut pasal album Foxtrot dan lagu Supper's Ready. Ini jawapan Steve Harris apabila ditanya adakah dia seorang peminat artrock,
Yea, I mean I think the Genesis album Foxtrot and especially Supper´s Ready is the best thing I ever heard in my life. It´s fantastic. As a piece of music it´s so far ahead of its time. Some might think the sound is dated. These are old albums, but to me this is great music.
Steve Harris bukan sahaja peminat lagu-lagu Genesis, dia juga berminat dengan kulit album Genesis. Ini pendapat yang diberikan oleh Steve Harris berkenaan dengan kepentingan kulit album dan juga kesan perubahan hala tuju Genesis dalam temubual yang sama,
It´s very important. The way the album covers are is an extension of the way you are understanding what you do. In the early days when I listened to the Genesis albums it was like a continuing thing you could look at. The artwork was just fantastic. It made you wanting it to put it on the back of your jacket or something. When Genesis changed they did different artwork and I was really disappointed. With Maiden we´re trying to do that thing.
Pergolakan yang berlaku dalam Genesis pada penghujung 70an sememangnya mengecewakan peminatnya termasuklah Steve Harris. Biarpun begitu, apa yang Genesis cuba sampaikan suatu ketika dahulu, kini sedikit sebanyak masih lagi diteruskan oleh Iron Maiden. Up the Irons!

Steve's 1976 diary.

Tuesday, September 13, 2011

Soal jawab bersama Steve Hackett #2

Agak lama aku peram entry ni, jadi sebelum aku terlupa lebih baik publish supaya dapat dikongsi bersama. Soal jawab ini adalah susulan kepada sesi soal jawab yang pernah aku post beberapa bulan lepas.

Steve Hackett

Soalan yang aku tanya sebenarnya merujuk kepada jawapan Steve Hackett berkenaan kumpulan mana yang kini membawa obor bagi muzik prog rock. Dia berkata, "I think Mews are a prog band in spirit and I loved the Porcupine Tree gig." Ada sedikit kekeliruan, jadi aku pun bertanya..
Hi Steve, before this you said "Mews are a prog band in spirit". I'm a little bit confused, is it Muse or Mew? I'm also curious to know which album/song from them that impressed you. Thanks..

Hi Zulhelmi, it's Muse. The album that impressed me was The Resistance.
Mulanya aku ingat Mew sebab album baru Mew, No More Stories Are Told Today.. (2009) macam agak menarik bagi aku, tapi aku silap sebab apa yang dia maksudkan ialah Muse. Dalam temu bual baru-baru ni yang disiarkan dalam laman web Steve Hackett, dia ada cakap antara sebab dia suka Muse dan album The Resistance (2009) .
I enjoyed Muse. I liked the "Resistance" album. I think it was really interesting. One of the things I liked was the fact that one minute it could be rock music and the next it was classical music. The influences were paraded so openly. Music with technology and also the emotional vocal style.
Sememangnya Steve suka dengan muzik klasikal tapi bila dia cakap dia suka album Resistance daripada Muse, sesuatu yang baru bagi aku..


Salah satu lagu dalam album The Resistance.

Monday, August 22, 2011

The Shawshank Redemption: Andy Dufresne and the beauty of music..

Sesi selepas terawih di kedai kopi semalam, ada sorang member bersembang pasal rating Godfather. Katanya ada satu list tu Godfather kalah kepada satu movie, The Shawshank Redemption. Dia tanya, "Hang pernah tengok tak Shawshank Redemption?" Aku cakap, "Peh movie tu memang terbaik.."


Bagi aku, watak banduan Andy Dufresne (lakonan Tim Robbins) memang legend. Kalah Clint Eastwood dalam Escape from Alcatraz. Apa kena mengena kisah banduan dengan muzik? Andy Dufresne selain wataknya yang legend dalam cerita ni, dia juga seorang yang mempunyai semangat yang luar biasa terhadap muzik.

Aku suka pendapat Andy pasal muzik. Ini dialog dia..

Floyd: Was it worth two weeks in the hole?

Andy: Easiest time I ever did.

Heywood: Bullshit. No such thing as easy time in the hole. A week seems like a year.

Andy: I had Mr. Mozart to keep me company. It was in here (points and taps his head) and in here (gestures over his heart). That's the beauty of music. They can't get that from you. Haven't you ever felt that way about music?

Red: I played a mean harmonica as a younger man. Lost interest in it though. Didn't make much sense in here.

Andy: Here's where it makes the most sense. You need it so you don't forget.

Red: Forget?

Andy: Forget that there are places in this world that aren't made out of stone. That there's something inside that they can't get to, that they can't touch. That's yours.

Red: What're you talking about?

Andy: Hope..

Thursday, August 18, 2011

Metallica Live in Malaysia?

Mungkin aku agak terlambat pasal berita ni sebab aku pun dah lama tak online. Cerita dia macam ni, ada brader yang baiki gitar adik aku cakap Metallica nak datang Malaysia bulan 12 ni. Katanya tiket paling murah RM 500. Bila aku tanya lagi detail dia pun tak berapa nak tau sangat sebab dia pun dengar orang cerita..

Member aku pulak cakap dia dengar Metallica punya show 2hb Disember tapi dia rasa tak logik sebab 5hb Metallica ada konsert anniversary kat San Francisco. Blogger lain macam mana? Ada yang boleh mengesahkan berita ni atau berita ini hanya khabar angin yang digembar-gemburkan oleh mereka yang tak dapat tengok Maiden aritu.. erk!


Friday, May 27, 2011