Friday, May 27, 2011

Thursday, May 26, 2011

Saturday, November 6, 2010

Lupakan sekejap pasal Iron Maiden


Sekarang memang musim orang bercakap pasal Iron Maiden. Mana taknya, lokasi tour kali ni buat pertama kalinya singgah di Singapura. Walaupun bukan di Malaysia tapi memang dah dekat sangat tuh! Kawan aku pun ada yang nekad untuk beli tiket paling mahal. Aku? Aku ingat nak lupakan sekejap pasal Iron Maiden..


Ini video yang monoloQue upload beberapa hari lepas. Lagu bertajuk "Tiada Kata Secantik Bahasa" asalnya adalah lagu P. Ramlee. Aku memang tunggu dia upload sebab aku malas dengar kat radio tapi yang ni rupa-rupanya versi akustik.


Cari punya cari jumpak jugak versi yang kat radio punya. Peh..terbaik sudah! Aku memang harap lagu ni dikeluarkan dalam bentuk fizikal dengan booklet yang menarik tentang P. Ramlee. Sebenarnya ini satu projek yang disertai ramai lagi pemuzik tempatan.


Antara yang aku follow lagi ialah The Will Kill Us All dengan lagu "Sepanjang Riwayatku". Walaupun mula-mula dengar macam agak pelik, mungkin belum biasa dengan vokalis baru, Edwin yang dahulunya di posisi gitar, tapi lagu ni aku dah ulang banyak dan terbukti sangat masyuk!

Aku rasa usaha sebegini memang bagus, menarik sebab budak akan mula bercakap pasal lagu-lagu P. Ramlee dan siapa lagi akan mengangkat karya P. Ramlee kalau bukan orang-orang kita.

________________________________________________
P.S: Teringat pulak aku The Underground Tribute to Sweet Charity.

P.S: Scream for me Singapore!!

Sunday, October 31, 2010

Crazy Train atau Peace Train?

Tajuk notes Yusuf Islam agak pelik hari ni, Clash of the Crazy Peace Trains. Sehinggalah aku ternampak gambar ini..

Yusuf and Ozzy at Rally to Restore Sanity, 30 Oct 2010.

Ya! Ozzy Osbourne di situ. Rupa-rupanya ada pertembungan keretapi Ozzy dan Yusuf. Layan dulu video nih..


Jadi nak naik mana satu, "Crazy Train" atau "Peace Train"? Mari kita lihat apa kata Ozzy..

"Gua pilih Peace Train!" sambil menunjuk isyarat peace di tangannya.

P.S: Menurut Rolling Stone, selepas itu ada kemunculan O'Jays dengan lagu "Love Train". Haih, banyak pulak keretapi nak lalu..